Kari Ikan Sedap & Cendawan goreng rangup

Salam semua .kari ikan sedap, memang sedap ! boleh buka restoran la pulak. Hari ni kita masak kari ikan , kangkung masak cincaluk dan cendawan goreng lada hitam.
Sebenarnya ada cerita disebalik kari tu.Puan Ros setiap 2 minggu sekali order roti canai dari restoran Anuar maju untuk anak-anak dikindie makan.Biasanya dia orang akan bagi 3 bungkus dal dan 1 bungkus besar kari. Anak-anak kebanyakannya makan dhal so yang kari tu mak-mak la makan.Ada lebih boleh la bawa balik. So hari ni kebetulan kuah kari ada , ikan pun ada sebab semalam gi pasar tani.Temukan lah mereka didalam periuk.Jadi lah kari ikan sedap.Memang sedap............................. kata laling.
Sebenarnya tak ada  resepi kari, yang ada hanyalah resepi cendawan! marah ke???? Tak apa nanti Puan Ros bawa gi blanja makan kat Anuar maju ya.Dekat Putra Heights ni semua orang tahu kat mana restoran tu.Jumpa disana ya....
Cendawan goreng ni ,kadang-kadang kalau beli kat pasar malam dah lembik.Jom kita masak sendiri.Makan panas-panas . Rangup mangup beb.........


15 keping cendawan (Oyster mushroom)
100g tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
50-60grm serbuk roti (Puan Ros guna brand nona.dia tulis serbuk roti japan )
2 cawan minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Cendawan dipotong tangkainya sedikit.(jangan dibasuh,cendawan tu dah bersih)
2- Dalam mangkuk, campurkan tepung jagung,telur, garam dan lada hitam.kacau sebati. masukkan air sedikit demi sedikit.kacau hingga bancuhan cair seperti adunan lempeng.Tambah atau kurangkan air jika perlu.
3- Masukkan serbuk roti kedalam pinggan. Celup cendawan kedalam adunan tepung dan kemudian salutkan  dengan serbuk roti.
4- Panaskan minyak dan goreng cendawan sampai warna bertukar kuning keemasan

5- Boleh dihidang dengan cili sos atau makan begitu sahaja sebab lada hitam pun dah terasa pedasnya.
P/s -kari tu Puan Ros masukkan ikan ,cili hijau yang dipotong dan fish ball goreng.

Comments

Popular Posts