Mereka yang sudi.......

Sunday, January 9, 2011

Kuetiau goreng

Salam tengahari.tadi pegi pasar tani,so dah penat la ni.nak masak yang senang aja for lunch.Senang and simple
.Apa dia?Yang dah ditulis kat atas tu la...Jom masak


Bahan-bahannya
2 bungkus kuetiau
200g udang kertas
20 sen taugeh
1/2 ikat daun kucai
7 biji fishball potong nipis( Puan Ros guna fish ball goreng)
2 biji telur
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar cili giling 
2/3 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
1 labu kecil bawang besar-separuh dihiris nipis dan separuh ditumbuk kasar
3 besar sudu minyak untuk mengoreng
garam dan lada sulah jika suka
 Cara memasak
1- panaskan minyak dan pecahkan telur didalam kuali,kacau cepat-cepat.Bila telur dah masak,masukkan bawang putih dan bawang brsar yang ditumbuk kasar.Kacau sebentar dan masukkan cili giling.Goreng lagi 3 minit.
2-Masukkan semua sos dan kacau rata.Masukkan udang dan fish ball.Kacau sebati semua bahan dalam  kuali. dan goreng sampai udang masak.
3- Masukkan kuetiau yang dah dilerai-leraikan.Kecilkan sedikit api.kacau kuetiau sampai sebati dengan sos.Biarkan sekejap diatas api.
4- Masukkan taugeh,kucai dan bawang besar .Kacau sekejap dan boleh lah rasa masin manisnya dan tambah apa-apa yang patut ikut selera masing-masing.Angkat dan hidangkan bersama lada jeruk .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info