Mereka yang sudi.......

Friday, January 14, 2011

Ikan Bawal Goreng Taucu

Salam makan malam.Ikan bawal goreng dengan taucu, itu resipi malam ini .Rengkas dan cepat.Makan dengan nasi panas.Sedap.........


Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 paket taucu
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
4/5 biji cili padi dipotong halus
1 biji bawang putih
1 sudu besar cuka makan
garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak untuk mengoreng ikan
Cara memasak
1- Bersihkan ikan ,kelar dan sapukan secubit garam dan kunyit serbuk(garam sikit saja sebab taucu dah masin)
2- Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.Dalam kuali yang sama tinggalkan lebih kurang 1/3 dari minyak tadi.Masukkan bawang putih,goreng sebentar.Masukkan pula bawang besar dan hirisan cili.Kacau rata.
3- Masukkan taucu,gula dan cuka.Rasa masin manisnya dan tambah apa yang patut ikut selera masing-masing.Goreng sehingga semua bahan mesra.Angkat dan curahkan keatas ikan tadi.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info