Mereka yang sudi.......

Saturday, January 8, 2011

Kek Suji


Hai. Lepas buat puff tadi kita godek kek ni pulak.Dah lama beli tepung suji ni entah kenapa asyik tak jadi aja nak buat.tadi ingat nak ikut 2 princess gi ikea,Tapi small laling (hana) asyik ahchi ahchi.... je.so cancel and dok rumah with her aja.Resipi ni baca dari dapur kak Ina.Dia kata dapat dari dapur che mat.Dua dua thank you la ya,nak buat kat dapur kita pulak tapi ikut barang yang ada aje la.

Bahan-bahanya
250 grm butter (Puan Ros guna 200grm )
170grm gula halus
2  sudu besar madu
4 biji telur gred A (Puan Ros masuk 5 biji gred B)
100 ml susu
2 sudu teh esen vanilla
170 grm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100 gram semolina(tepung suji)
secubit garam
Cara memasak
1- Tepung gandum + baking powder dan ayak.Masukkan tepung suji dan garam.Ketepikan
2- Telur,susu dan esen vanila disatukan dan dikocok hingga sebati.Ketepikan.
3- Putar mentega,gula halus dan madu hingga kembang .Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga gebu.
4-Pada kelajuan rendah masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Gaul rata.
5- Tuangkan aduna kedalam loyang dan bakar dalam oven dengan kepanasan 175c selama 45 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info