Shrimp Toast
Salam.P.Ros masih lagi bercuti sempena CNY. Jadi banyak masa didapur. Kami tak kemana cuti ni sebab takut ramai org ditempat2 peranginan. Kami telah merancang percutian hujung minggu selepas CNY supaya hilang sikit kesesakkan dihighway.
Resepi ni masih lagi berlegar pada masakan cina.Dimasak sehari selepas membuat bread box . Shrimp toast adalah snack kegemaran org2 kantonis.Paling mudah untuk disediakan.Abaikan saiz roti dan ketebalan yang tak sama tu.Sebabnya P.Ros tak nak membazir lebihan roti dari resepi bread box .Kalau ikut resepi asal guna la roti biasa seperti roti gardenia dan apa2 yang sewaktu dengannya.Fillingnya juga ada yang masukkan kubis cina dan ada yang tak masuk sayur langsung, cuma daun bawang atau daun saderi..P.Ros gunakan brokoli yang direndam air panas terlebih dahulu.Hasil fillingnya memang sedap.
Bahan-Bahannya
* 15 keping roti yang telah dipotong 4 segi saiz kecil dan buang tepinya
* 3 cawan minyak untuk menggoreng
Bahan Filling
* 30 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dicuci bersih
* 2 biji telur putih + 1 biji kuning telur
* 3 sudu kecil penuh tepung jagung
*1/3 biji bawang besar dipotong dadu
* 1 pokok daung bawang dihilis halus.
* 1/2 biji cili merah dipotong halus
* 1 pokok daun saderi/pasly dihiris halus
* 100grm brokoli yang direndam dalam air panas selama 10 minit
*1 sudu besar minyak bijan
Cara Menyediakan
1- Blend brokoli(buang airnya),udang dan telur sekejap (Jangan sampai terlalu halus).Masukkan kedalam mangkuk
2- Campurkan bahan lain yang telah dipotong kecil.gaul rata.Campurkan tepung jagung.sedikit garam dan renjisan ajishio.Masukkan pula 1 sudu besar minyak bijan.(kurangkan jika tak suka atau tak payah masuk). Gaul semua bahan hingga rata.
3- Letakkan 1 sudu besar adunan filling keatas roti.Buat sampai habis.
4- Panaskan minyak dengan api sederhana(pastikan minyak benar2 panas).Masukkan sekeping roti kedalam minyak(mulakan dengan bahagian yang ada inti dulu).balik-balikkan roti hingga kedua-dua bahagian garing.Angkat dan tos kan minyaknya dengan kitchen towel dan alihkan keatas dulang yang dilapik dengan tuala kecil.
5- Siap untuk dihidang.Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos pilihan.
happy cooking

Sedapnya Kak Rose....mkn panas ni bestkan...cek dtg bwk bluberry macaron pulak ni...jom kita makan sesama..:)
ReplyDeleteChe cik memang sedap,sedap lagi la macarooooonnn tu.....
ReplyDeletebetul tu kakrose.. biasanya cuti time tak sesak. kalau time musim cuti fuh nak enjoy pun susah kan
ReplyDeleteYa la Izah.Time semua org gi cuti kita dok rumah..time org gi kerja kita gi cuti....hihihi...
Deletesalam kak..
ReplyDeletesedapnya....
Hai Wani..memang sedap.
Deleteas-salam kak Ros
ReplyDeletenampak sangat berselera..kalau macam ni mkn dgn cili kicap lagi power!!
Hai ady cili kicap ya..kak ros nak kena cuba buat le tu
DeleteAssalam kak ros, sedapnya
ReplyDeletekalau ada udang pasti kita suka, boleh masuk list ni..
Salam Ayu...buat ya nanti bagitahu kak ros.
DeleteAs'salam Kak ros
ReplyDeletect ni tak pernah makan pun, jadi tak tahu nak cakap macamana. Jujurlah kan, memang jakun sikit benda2 macam ni kak Ros..hihi Tolong makan tuk ct lah ya :)
Salam ct..sama je macam kita makan cucur udang tu...sedap..sila cuba.Tak payah le masuk minyak bijan tu kalau tak suka.
DeleteHai sue....sedap tu.
DeleteSalam Kak Ros..Makan ngan sos sedap ni...Lagi-lagi makan panas2....mesti terasa rangupnya roti....
ReplyDeleteLetak udang mesti sedap kan, nanti nak cuba...
ReplyDelete