Kerabu Pucuk Labu

Salam untuk semua.Ini kes pokok labu yang my laling tanam tumbuh dengan suburnya.Tapi sayangnya buahnya asyik gugur sebelum tumbuh besar.Laling pun dah rasa frust..ala tak apa le ling , u tu bukannya petani bertauliah pun.Pucuk pokok labu ni tumbuh hijau dan segar.Sebenarnya dah 3 kali petik dan 3 kali masak.Kali ni buat kerabu kegemaran laling yang makan dengan bangganya sebab air tangan sendiri.Jom tengok resepi yang senang dan sedap dimakan ni.
Bahan-bahan
*Pucuk labu (sorry tak timbang)
* 50 grm udang kering
*3 biji bawang merah
* 5 biji cili padi
* 1/2 biji cili merah
* jus dari sebiji lemon
* Beberapa batang daun kesum
* Garam dan gula secukup rasa
* 200ml santan kotak
* Sedikit bijan yang digoreng tampa minyak
cara menyediakan
1- Sepat bulu2 dari pucuk daun labu (ambil batangnya yang lembut sahaja.Basuh bersih dan rebus hingga empuk.Angkat dan toskan.
2- Mesin bawang,cili padi dan udang kering (tak payah halus sangat)Masukkan kedalam mangkuk dan campurkan santan kedalamnya.Masak sekejap didalam microwave dan sejukkan.
3- Dalam mangkuk bersih campurkan hirisan pucuk labu dan bancuhan santan tadi.Gaul rata.Masukkan jus lemon serta gula dan garam secukup rasa.
4- Taburkan hirisan cili merah dan daun kesum.Gaul hingga semua sebati dan taburkan bijan diatasnya dan siap untuk dihidangkan.

                                                         happy cooking

Comments

  1. tun x pernah makan pucuk labu.. tp kalau kerabu2 ni mmg minat sgt,

    ReplyDelete
  2. Selamat tengahari Puan Ros,
    tengok menu ni teringatlah hasil air tangan bonda di kampung! bonda suka buat kerabu begini, campur dengan pucuk ubi....sedapnya!

    ReplyDelete
  3. hmmm..sedapnya tengok kerabu pucuk labu tu kak rose...
    klu tuko ngan pucuk paku pun ok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mas,apa2 pucuk asal buat kerabu pasti sedapkan??Buat pedas2 makan nasi berpinggan-pinggan

      Delete
  4. salam kak ros..nmpak sedap sgt kerabu pucuk labu akak ni..mkn ngan nasi panas..fuh x toleh kiri kanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norsha memang tak payah toleh kiri kanam.Masuk cili banyak2 lagi terus tak payah cakap apa-apa...

      Delete
  5. salam kak...ooo pcuk labu pun leh wak krabu ye kak...xprnah mkn lgi..jakun la kita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maz sebenarnya kak Ros pun tak tahu yang pucuk labu boleh buat kerabu.tel mal crita pasal pokok labu yang lebat merimbun dia cakap pucuknya buat kerabu.Sedap rupanya.

      Delete
  6. As'salam Kak Ros

    dulu2 duk kat kampung, arwah mak suka buat kerabu pucuk ubi. Yalah tu yang senang nak dapat.. main petik2 jer. Tapi yang ni berlainan sedikit ada pucuk labu, masih tak pernah lihat pun macamana pucuk labu ni Kak Ros.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ros pun 1st time Ct.Kalau dekat boleh kak Ros ulurkan kan?

      Delete
  7. Assallamualaikum Kak Ros..
    waaaaaaa...nangis guling2 tgk kerabu akak ni.. Naz suka.. Lagi suka kalau ada orang tolong buatkan..hehehe..

    Kak, kat bawah tu anak dara akak eh? Alaaa tomeinyaaaa....

    ReplyDelete
  8. Selamattt pagiii ross,,, pucuk labu dari ladang hee hee.. sedap sayur2 tempatan ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak1 kalau rumah sebelah-sebelah dah Ros hantarkan semangkuk atau seikat pucuk labu tu.Pasti Kak1 akan keluarkan idea yang beravo untuk pucuk labu tu kan?

      Delete
  9. salam pn ros...saya datang nk bgtau...saya pun dh cuba ppastry gulung tuna...terima kasih kpd akak kerana share resepi nih..

    ReplyDelete
  10. Aslmkum k.Ros.wah tanam sendiri labu....tak dpt buah, pucukpun sedap masak. tengok kerabu pucuk labu teringat mak kat kg...mak suka sgt kerabu pucuk labu ni.
    happy belated besday buat anak k.Ros!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts