Pear Tarte Tatin

Salam pagi jumaat.kali pertama tengok resepi ni hati terus terpikat sebab bahan2 yang digunakan dan cara membuatnya yang amat la senang.So masa ke Giant 2 hari lepas sempat la kita rembat sebungkus pear dan masak pear tarte tatin untuk minum petang semalam.Boleh tengok resepi,cara menyediakan dan gambar2 dari sumber resepi ni kat sini.Sedikit perubahan dilakukan mengikut selera tuan punya blog ni ya.Pear tarte tatin ini juga dihidang kosong sebab kita tak ada krim seperti yang dihidangkan oleh tuan asalnya.Tapi seperti biasa makanan2 manis begini selalu memikat hati kita sebab kita suka hidangkan dengan teh tampa gula.Sedap....

Bahan-bahannya
* 3 biji pear dikupas dan dibelah enam.Buang bahagian tengah dan bijinya
* 120 g gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
* 120 g butter 
* 1batang cinnamon
* 2 keping bunga lawang(P.Ros guna 1 keping)
Bahan untuk doh
* 200g butter sejuk dipotong dadu
* 250g tepung gandum
*  125ml sour cream (P.Ros guna 100 grm)

Cara menyediakan
1- Panaskan butter dengan gula bersama kayu manis dan bunga lawang hingga mendidih.Pastikan gula cair dan bertukar keperangan.Masukkan potongan pear tadi dan masak hingga buah pear lembut dan masak.(P.Ros masukkan dalam 1/4 cawan air semasa proses ni sebab nampak sosnya dah jadi agak pekat)
2-Bila buah pear dah masak angkat dan ketepikan.Pilih bekas yang ingin digunakan untuk mambakar tarte tatin ni dan susun buah pear didalamnya bersama sos dan ketepikan.(P.Ros tak masukkan semua sosnya sebab bimbang ia akan melimpah keluar semasa membakar,jadi P.Ros simpan dalam 1 mangkuk kecil lebihan sosnya).
3- Dalam mangkuk campur tepung gandum dan butter sejuk yang telah dipotong.Ramas mengunakan hujung jari hingga tepung menjadi seperti bread crumb.Masukkan pula sour cream dan uli hingga menjadi seketul doh.
4- Balut doh dgn plastic dan simpan didalam peti sejuk selama 20 minit.
5- Setelah 20 minit keluarkan doh dan gelek doh menjadi bulat dan letakkan diatas susunan buah pear tadi dan lipat tepinya(ianya nampak macam upside down pie).
6- Bakar dalam suhu 170C selama lebih kurang 25 ke 30 minit.Bila dah nampak keperangan boleh la dikeluarkan.Sejukkan sebentar.
7- Setelah agak suam bolehlah dicurahlan sos yang berbaki tadi keatasnya.Siap untuk dihidang bersama fresh cream atau minuman teh tampa gula.

Nota
- Boleh gunakan lebih buah pear bergantung pada saiz bekas pembakar dan tak payah ditambah gula
- Kurangkan gula sebab ianya  memang manis
-Dengan menambah air,akan mendapat lebih banyak sos
                                                      happy cooking

Comments

  1. salam k ros//teringat ezani m/chef pernah wat ni dulu :)..nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noorsha,ye ke Kak ros terlepas pulak part yang ezani masak tu..terkilannya.Jumpa ni dalam 3 hungry tummy terus rsa nak buat.Makan selepas disimpan didalam peti semalaman rupanya lagi sedap le...

      Delete
  2. Assalam kak ros, nampak sedapla..suka gak mkn buah pear ni.
    happy weekend buat akak sekeluarga:)

    ReplyDelete
  3. aslmkum kak ros.. apa kbr kak.. camlama tak singgah dpur sinaran.. bila dah keje ni semuanya terbatas.. terliur sungguh tgok tart pear k ros ni.. msti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama le kita Dzana...sekolah dah muka kerjanya tak habis nak buatkan???? Tak pe le beramal untuk anak2 bangsa

      Delete
  4. salam kak ros .. terlepas keretapi la wani neh hihi .. nampak sedap pear tartin ni tapi macam lebih kurang apple galette cuma yg ni ganti filling dgn pear je ..:)..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts