Mereka yang sudi.......

Tuesday, January 24, 2012

Bread Box


Salam untuk semua.This is our breakfast for 2nd day of CNY.Something to do with chinese....Pernah tengok resepi ni dalam rancangan AFC dan programmednya dari Taiwan yang ada pengacara misai lukis...tu...
Hari ni tergerak pintu hati untuk mencubanya, walau pun resepinya ingat2 lupa.Resepi yang sangat sedap tapi namanya menakutkan...ada pulak namanya coffin bread?????????????ish--ish...ish...
So oleh sebab nama resepi ni yang tak berapa sedap didengar kita tukar je la namanya.Paling mudah bread box sebab ianya dibuat dari roti dan dibentuk seperti kotak.Ok la kan???? atau pun treasure box..sebab kat dalamnya ada inti yang mengambungkan beberapa warna yang boleh dianggap sebagai warna batu2 permata.Boleh gitu????Resepi asalnya juga mengunakan susu untuk memasak filling tapi P.Ros gantikan dgn soup cendawan kimball untuk memudahkan kerja. Ok la jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya
* 2 buku roti yang belum dipotong.(boleh beli kat Tesco).
* 3 cawan minyak untuk mengoreng
Bahan Inti
* Sekeping dada ayam tampa tulang dipotong dadu
* 1 batang carrot dipotong dadu
* 1/2 biji capsicum merah atau kuning dipotong dadu
* 1 tin cendawan butang dipotong nipis
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1 tin kecil soup cendawan kimball larutkan bersama 1 tin air panas
* 1 1/2 sudu butter
* 125grm parutan cheese (pilihan masing2)
* hirisan daun bawang
* sedikit lada hitam
Cara menyediakan roti
1-Potong roti menjadi betuk 4 segi (sebenarnya ini boleh ikut kepandaian masing2 untuk mendapat berapa roti bentuk 4 segi).Puan ros buat 1 segi empat tepat dan 2 segi empat sama.
2- Panaskan minyak,pastikan minyak betul2 panas dan goreng roti untuk beberapa saat bagi setiap permukaan roti.(jika minyak betul2 panas sekejap saja roti akan garing).
3- Angkat roti dan keringkan minyak diatas kitchen roll.Setelah minyak meresap pada kitchen roll,alihkan roti kedalam dulang yang dilapik tuala kecil untuk menyerap lebihan minyak sementara menunggu filling masak.
4- Gunakan pisau yang agak tajam dan potong permukaan roti untuk dijadikan penutup.Keluarkan sedikit inti roti jika suka atau boleh ditekan isi roti dengan mengunakan sudu supaya padat dan rapat pada dinding roti.
Cara menyediakan filling
1-Panaskan butter dan goreng bawang hingga layu.Masukkan pula daging ayam dan goreng sehingga air ayam kering.Masukkan pula potongan bahan2 yang lain dan kacau hingga sebati.
2- Masukkan soup cendawan yang telah dicampur bersama 1 tin air panas(guna tin yang sama).Kacau rata dan biar soup mendidih seketika.
3- Taburkan sedikit lada hitam.kacau dan masukkan pula cheese.Kacau hingga semua cheese larut dan tutup api.Sejukkan sebentar,
4-Bila soup dah sejuk sedikit boleh lah dimasukkan kedalam roti dan taburkan potongan daun bawang.Siap untuk dihidang.
Nota:
-Jangan takut roti berminyak sebab bila dimakan roti langsung tak rasa berminyak dan roti rapuh dan hancur didalam mulut.
-Sayur juga boleh diguna mengikut pilihan masing-masing.
-Garam juga tak perlu dibubuh sebab soup tu dah cukup perasanya.
                                                                   happy cooking

8 comments:

  1. Wah kreatip betul Ros ubah suai resepi asal, sedapnya!

    ReplyDelete
  2. As'salam Puan Rose

    Kak Ros terliur2 juga tengok menu ni, tapi nak buat tu macam terjingkit2 sikit..maklumlah baru lepas bf ni kak, perut rasa berat lagi nak makan..hihi

    Nampak sedap sangat cukup berselera tambah2 lagi ada sup cendawan dalam tu. Biasalah menu2 mat saleh ni selalunya nama ni macam pelik2 sikit. Tapi pandai Kak Ros bagi nama tu sesuai sangat dahhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya le ct..menu sedap..nama entah apa2 yang dia org bagi.Sama le kami kat kelantan pun kueh yang sedap dipanggil tahi itik...org dulu2 kan???

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Ros,

    good morning to you....dh breakfast ke nie?? Wah kalau masuk sini kan pasti Nur terliur tengok menu2 akak nie...cuma belum ada kesempatan utk mencuba...nampak enak gitu....hehe apa kak tahi itik...tk senonoh gitu...tertutup selera...hehehe...kesian kuih tu kan?? Okay kak enjoy your holiday...hmmm kita juga yang tk ada holiday...nk holiday curik tulang sendiri...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur nampaknya nak kena minta cuti dari memasak la tu....Nur tak pernah tenguk kueh tahi itik ya??nak kena pergi kekelantan la tu....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info