Mereka yang sudi.......

Tuesday, January 24, 2012

Eclair Inti Keju



Salam cuti.Eclair ni dibuat untuk minum petang 1st day CNY.Tahun ni memang CNY Kami agak sunyi sebab my inlaws semua tak ada.Nak kena tunggu dia orang balik dulu baru boleh kumpul dan makan2.So kerja kami anak beranak,masak makan,masak makan.Mandarin oren kat dapur tu siapa nak habiskan ya????
Ok la berbalik pada resepi eclair inti keju ni memang le sedap...ditambah pula dgn coklat kat luar tu.All my tukang makan kat umah ni, makan ni dah tak pandang kiri kanan...resepi asal boleh masuk dapur seberang laut ni ya.P.Ros suka masuk dapur dia tengok hasil tangannya yang semuanya cantik2 walau pun simple.Thak you ibu Ricke Indriani untuk resepi yang sedap ni ya.Tapi resepi kat situ tak boleh diCNP so kena le buat kerja lebih sikit untuk menterjemah dan menaipnya..mengikut cara kita membuatnya.Tak pe le dapat resepi pun dah happy.
Bahan-bahan Choux Pastry
*200 ml air
* 100 grm butter
*125grm tepung gandum
*1/4 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* 3 biji telur saiz besar
Cara memasak
1- Masak butter,gula dan garam bersama air hingga mendidih.Tutup api.
2- Masukkan tepung gandum dan kacau laju mengunakan senduk kayu diatas api yang kecil.Kacau hingga tepung gandum tak lagi melekat ditepi periuk dan menjadi sebiji bola.Angkat dan sejukkan dalam 5 minit.
3- Masukkan telur sebiji sebiji sambil diputar menggunakan hand mixer hingga adunan lembut dan licin.
4- Masukkan kedalam piping bag dan paipkan mengikut bentuk memanjang mengunakan nozel bintang.(P.Ros tak pasti apa saiz bintang yang P.Ros gunakan,P Ros buat sambungan 3 jalur untuk 1 eclair).
5 Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 30 minit.(Ikut suhu oven masing2 ya). Angkat  dan biarkan sebentar diatas tray sebelum disejukkan diatas redai.
Bahan Untuk Filling
* 250 ml susu cair(p.Ros guna fresh milk)
* 25 grm gula
* 1/8 sudu teh garam
* 50 grm keju cheddar yang diparut ( P.Ros guna Mozarella)
* 30 grm tepung jagung yang dicampur dgn sedikit air
* 50 grm white cooking chocolate
* 1 biji kuning telur dipikul sedikit
* 1 sudu butter
* 1/2 sudu teh vanilla
Cara Memasak Filling
1- Panaskan susu garam dan gula dengan api yang kecil hingga bahagian tepinya kelihatan mendidih.Masukkan keju dan kacau hinnga keju larut.
2- Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan kacau adunan hingga bahan kelihatan meletup-meletup.masukkan pula cooking chocolate kacau hingga chocolate larut dan tutukan api.
3- Masukkan kuning telur dan kacau rata,nyalakan semula api dan kacau lagi hinnga bahan meletup-meletup.Tutup api dan angkat periuk.Masukkan butter dan vanila dan sambung mengacau hingga licin dan berkilat.Sejukkan sebelum digunakan.
Cara menyediakan Eclair
1-Potong bahagian tengah pastry dan sapu rata inti.Buat sampai habis.
2- Celup bahagian atas eclair dalam chocolate masakan yang telah dicairkan (P.Ros potong kecil chocolate dan masukkan didalam microwave selama beberapa saat)
3- Biarkan chocolate mengeras dan boleh lah dihias dgn lakaran chocolate putih jika suka.(yang ni P.Ros tak buat
sebab semua dah tunggu nak makan.Gambar pun diambil sebelum chocolate keras kalau tak gambar pun tak sempat ambil le jawabnya.)
Nota: filling ni tak cukup untuk eclair ni.Boleh dapat dalam 30 biji eclair so next time resepi fillingnya patut digandakan.

                                                      happy cooking



8 comments:

  1. rajinnya akak bust biskut ada salut2 ni....saya paling malas kalau nak buat biskut lepas tu kena salut2 coklat ke apa ke...hahhahah..tapi makan suka....tiap2 thn azam memang nak buat..tapi sampai kesudah malas....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q.. sayang itu bukan biskut tapi cream puff yang berbentuk panjang.Nama je lain tapi sama bendadan bentuknya lain.Tapi yang ni intinya memang sedap.

      Delete
  2. Salam Kak Ros...betul2 menggoda di pagi hari...ni kuih kegemaran Rahel..kebetulan jugak plan nak buat lagi..pasni bole intai la resepi inti coklat eclair ni..tq Kak Ros..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahel inti cheese ni kak ros memang suka.Sedap pada rasa akak la...

      Delete
  3. sedapnyer kak Ros....pernah mkn yg beli jer dulu...kalau buat puas hati mkn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ida,memang kalau buat sendiri boleh makan sampai puas sebab resepi ni boleh dapat banyak(dalam 30 biji gitu).

      Delete
  4. sedapnya kak ros.. filling cheese.. selalu buat cream puff filling kastard jer.. lain kali boleh buat cam kak ros pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dzana..bagi kak ros memang sedap.Budak2 pun suka.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info