Custard Jelly Tropika

Salam sabtu.Project petang jumaat bagi memenuhi permintaan anak buah untuk assignmentnya.Nothing fancy,tapi kalau hari panas dan jelly custard ni baru dikeluarkan dalam peti seperti hari ini...memang nyaman le rasa tekak ni.Saja namakan jelly tropika sebab dimasukkan buah-buahan campuran tropika. Jom tengok resepi rengkas ni.

Bahan untuk Jelly
* 30grm agar-agar bertali (warna hijau)
* 1 tin buah-buahan campuran (boleh juga digunakan buah-buahan segar)
* 1 cawan susu segar
* 3 cawan air 
* 1 cawan jus buah-buahan (dari tin buah-buahan campuran)
* 3/4 cawan gula
* 2 sudu kecil tepung kastard dicampur bersama sedikit air
cara memasak
1- Dalam periuk masukkan agar2 bersama air,susu, jus buah-buahan dan juga gula.Masak hingga bahan mendidih.Pastikan agar-agar betul betul hancur dan masukkan pula bancuhan kastard.Masak lagi hingga agar-agar masak.
2- Angkat agar-agar dan tapiskan kedalam satu bekas.
3- Gunakan loyang pilihan masing-masing dan masukkan potongan buah-buahan campuran tadi hingga bahagian bawah loyang tertutup kesemuanya.
4- Tuangkan agar-agar yang ditapis tadi kedalam loyang yang berisi buah.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Bahan untuk sos kastard
* 1 1/2 cawan susu segar 
* 2 sudu besar tepung kastard + 2 sudu air
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu kecil essence vanilla
Cara memasak
1- Panaskan susu hingga hampir mendidih diatas api yang kecil.Tuangkan kan pula campuran tepung kastard tadi.
2-Masukkan pula essence vanila dan masak sos hingga betul-betul mendidih.Angkat dan sejukkan.
3- Tuangkan sos keatas jelly sebelum dihidangkan.
                                                        happy cooking





Comments

  1. wow! memang betul2 suasana tropika dengan warna hijau khatulistiwa...dan kombinasi warna2 ceria yang lain tu... slurrp...slurrp! aaahhh nyaman tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie...gempak perkataan khatulistiwa tu...dah lama tak dengar..maalum le kita ni level kindergarten..hahaha

      Delete
  2. assalamualaikum kak ros. patut la hijau. puas cari amenda bahan yg warne ijau. rupanya terbabas tak baca agar2 tu siap2 warne ijau ek, hehe... seda nye kalau maka time hari panas. sejuk2 pulak tu kan. mmg makan ulan2 la nampaknya

    ReplyDelete
  3. Salam Izah..memang hijau berdaungkan???hihihi...sekarang agarr ada macam-macam warna ,senang kerja kita.

    ReplyDelete
  4. Salam kak...time pnas2 memang sjuk je tekak klu dpt pding memang elok sngat kan...mnarik pding kak ni..

    ReplyDelete
  5. Salam kak..cuaca pnas2 memang sjuk je tekak klu dpt pding ni kan...mnarik skli..kita pun 2 hri lepas layan pding gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Maz..musim panas memang sesuai buat puding kan??apa2 pudding pun tak apa janji sejuk...

      Delete
  6. sedapnya kak ros..jelly ijau tu mengancam sungguh..cuaca panas kat Tg Malim ni kalau dapat jelly ni mmg mabeles sesangat...sejuk skit anak tekak

    ReplyDelete
  7. Good morning KakRos,
    Wah, meriah sungguh jeli tu.... nak pula ada cocktail fruit - Liana mmg suka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts