Chocolate Mocha Custard Pudding

Salam untuk semua.Dah beberapa hari tak bersiarankan.Rindu rasanya.Petang semalam intai facebook dan nampak msg dari 1 of my nephew minta resepi pudding custard untuk assignmentnya.maka tangan pun mula menaip resepi pudding custard dan keluarlah resepi dari dapur K.Nor secubit garam yang semestinya selalu menyajikan kita dgn resepi2 yang sedap.
Bila nampak aje resepi ni wah tekak terus berangan nak merasa kesejukkan dan kesedapan rasa pudding ni.Apa lagi masuk dapur dan terus buat.Sebiji pudding dikeluarkan dari acuannya 10 minit sejurus keluar dari oven sebab little laling tak sabar nak makan.Nasib baik le yang 3 biji lagi sempat dimasukkan kedalam peti sejuk.The verdict... custard pudding yang  memamg sedap dimakan pada hari panas....
Terima kasih K.nor dan tuan asal resepi.Kita copy paste kat sini ya.


CHOCOLATE MOCHA CUSTARD PUDDING
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi asal Coffee Mocha Custard Pudding (Fatmah Bahalwan)

Bahan:
400 ml susu cair
70 gm gula pasir
60gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 sudu kecil kopi segera (nescafe)(P.ros tak masukkan)
1 sudu kecil pes mocha (P.Ros guna 1 1/2 sudu kecil)
4 bj telur A
1 sudu kecil tepung kastard


Cara:
Masukkan susu cair, gula dan coklat masakan kedalam periuk dan panaskan hingga gula dan coklat masakan larut. Ketepikan.
Kocok telur menggunakan handwisk dan tuangkan bancuhan susu tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga sebati (jgn kacau dgn terlalu kuat, sekadar nak sebatikan saja)
Bancuhkan tepung kastard bersama sedikit air dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kacau lagi hingga sebati dan tapiskan.
Tuangkan kedalam bekas ramekin atau mangkuk kecil tahan panas.
Bakar dlm oven dengan kaedah bain marie atau water bath dgn suhu 170C, antara 45 - 55 min, atau sehingga masak (bergantung pd saiz cup/ramekin yg digunakan)
Keluarkan dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Nota: Puan Ros bakar secara water bath selama 25 minit.Buka oven  tutup remekin dgn foil dan bakar lagi selama 10 minit.Lepas tu keluarkan dari oven dan biarkan ramekin dalam keadaan tertutp dgn foil dalam dulang water bath selama 10 minit lagi  sebelum foil dibuka dan disejukkan.
P.Ros gunakan periuk kaca tahan panas sebagai dulang water bath.
                                                        happy cooking

Comments

  1. Kak Ros....
    Nyaman nya rasa bila mkn puding2 cam gini kan...yummyyy...:)

    ReplyDelete
  2. Wallaaa...Kak Ros..bestnya puding tu..nampak lembut sangat..

    ReplyDelete
  3. kak ros bestnyaaa...nonie suka sgt mkn puding2 nie.nnt nak cuba lah

    ReplyDelete
  4. cantiknya CMCP Puan Ros... warnanya manis menawan! tapau 3 cup boleh tak... he he hehh

    ReplyDelete
  5. cantiknyer.. ngam2 jer 4 bj ramekin ya.. utk k.nor satu boleh? hehe

    ReplyDelete
  6. nyumm!!! sedapnyer!!! tun kalau coklat2 ni mmg hantu. bila laa nk dpt ramekin nih..

    ReplyDelete
  7. resipi ni dah lama terperap... belom tergerak nak cuba lagi neh ... hihi... tengok kak ros buat .. tergoda la pulak ... lebih2 lagi coklat tuh...

    ReplyDelete
  8. cik cek,kalau musim panas pudding ni semestinya kena buat tau..nyaman!

    ReplyDelete
  9. Rahel..memang lembut dan licin didalam mulut la...

    ReplyDelete
  10. Selamat Pagi Ros,, camner laa nk kurus yaa ros klu buat,, yg x tahannyer kita yg kena abiskan hee hee..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie...warnanya memang cantik. Ada two tone lagi.Kita suka yang bahagian koko gelap tu.

      Delete
    2. K.Nor memang happy le sebab resepinya memang ngam2 dapat 4 biji.Lepas tu kejadiannya memang cantik dan rasanya pula so smooth...tahank u ya K.nor sebab kongsi resepi.

      Delete
    3. Kak1 dengan pelbagai resepi yang sedap2 dihidangkan kat blog kenkawan yang macam Kak1, Ros rasa tak ada masa le nak berdiet asyik nak makan je....

      Delete
  11. Tun memang sedap le....diharuskan memakannya kalau hari panas.

    ReplyDelete
  12. kak ros..salam rindu..lamanya mieza tak visit sini..ternampak puding ni yg tk thn tu..mieza kalau ada kena mengena dgn coffee kan mmg tak tahan..nafsu nak makan terus membuak2..dulu pernah tgk kak nor buat..pastu bila dah lama terus lupa..tp bila kak ros tunjuk balik terus teringin hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieza aa.. rindu le.tadi kak ros masuk dapur mieza jenguk anak2 yang tak sihat tu.Yang ni memang mesti nak buat bila anak2 dah sihat ya.memang sedap.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts