Quiche Bayam


Salam untuk semua.Hari ni P.Ros bercadang untuk meluangkan masa untuk berada didepan lappy dan melawat dapur kawan2 yang dah agak seminggu P.Ros tak ronda.3 hari pertama persekolahan berlalu dengan tenang tampa ada tangisan atau jeritan ditadika.Ibu bapa yang lebih memahami situasi minggu pertama persekolahan membuatkan kerja P.Ros dan guru-guru lebih mudah untuk menguruskan anak2 mereka.
My own little laling juga sudah selamat mengharungi 3 hari pertama persekolahannya.Tak dinafikan betapa P.Ros teruja dan juga bimbang tentang bagaimana dia hendak menyesuiakan diri ditahun 1 lebih2 lagi dikantin sekolah kerana ,selama ditadika kami guru-guru menjaga dan menyediakan segalanya bagi mereka.Lagi pun dah berbelas tahun tak ada anak kesekolah jadi keterujaan tu memang tak dapat nak dielakkan weh!!!!!
Ok la berbalik pada resepi hari ni sebenarnya ianya boleh dikatakan seperti  "FROM THE GARDEN TO THE KITCHEN". Wah macam rancangan masakan chef wan kan???Sebenarnya bayam yang digunakan hari ini adalah hasil tanaman my laling sendiri.Bermula dari bulan puasa lepas yang menyaksikan kebanyakan harga barang naik,dia nekad nak tanam sayur-sayuran sendiri.Dan hari ini hasilnya memang membanggakan.Bayam ni dah dua kali dipetik dan dimasak.Begitu juga dengan pucuk labu.Dilain N3 P.Ros tunjukkan tanamam2nya ya.
Jom kita tengok resepi yang tak lah susah sangat nak membuatnya.Boleh dihidangkan pagi,tengahari malam atau petang.Senang cerita nak makan bila2 masa pun boleh dan sememangnya mengeyangkan.
                                       A breakfast specially made for the gardener and.........
                                    the gardener's wife
Resepi : P.Ros @ SinaranMenu
Bahan untuk pastry
*1 cawan tepung gandum
*120 grm butter sejuk dari peti sejuk
*1 biji telur dikocok (guna 1/2 saja dan separuh lagi dimasukkan dalam bancuhan filling)
*secubit garam
cara membuat pastry
1-Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk dan masukkan pula butter sejuk yang telah dipotong dadu.
Ramas gandum dan butter mengunakan hujung jari hingga menjadi breadcrumb.
2- Masukkan 1/2 biji telur dan gaul adunan menjadi sebiji bola(adunan sepatutnya sudah tak melekat ditangan)
3- Balut adunan dengan plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.(balut dengan plastik yang agak besar,ini untuk memudahkan proses mengelek pastri terus diatas plastik dan terus diangkat kedalam acuan).

Bahan inti
*1 1/2 cawan susu segar
*4 biji telur
* Beberapa batang bayam yang hanya diambil daunnya (sorry sebab P.Ros potong beberapa batang bayam dari pokok dan lupa nak timbang).
*1/2 biji bawang dimayang halus
*1 paket cendawan enoki
* Sedikit potongan cili merah yang dibuang bijinya.
*1 keping chicken meatloaf dipotong halus(lebihan yang little laling makan).So kalau boleh masukkan lah lebih sikit
* 100 grm parutan cheese (pilihan masing2)
Cara membuat filling
1-Bayam dibasuh bersih dan direbus hingga masak.Toskan airnya sejukkan dan potong kecil.Perah keluar airnya setelah dipotong.Ketepikan.
2-Dalam mangkuk masukkan susu,telur dan secubit garam atau bahan perasa pilihan masing2 dan dikocok hingga sebati.Tambahkan potongan bahan sayuran dan chicken meatloaf serta 50grm cheese dan kacau hingga semuanya bergaul mesra.Boleh ditambah sedikit lada putih jika suka.
Cara menyediakan Quiche
1-Keluarkan pastry dari peti sejuk dan gelek sederhana tebal dan masukkan kedalam bekas pai yang teleh disapu rata dengan butter.Tekan rata dan gunakan pisau untuk memotong bahagian tepi atasnya.Cucuk seluruh pastri dgn mengunakan garpu.Letak parchment paper diatas pastry dan letakan secawan beras atau pun kekacang.
2- Panaskan oven dgn suhu 170C dan masak kulit pastri selama lebih kurang 20 minit.Keluarkan kulit pastry dari oven dan angkat keluar parchment paper bersama beras.
3- Tuang bancuhan telur kedalam kulit pastry dan ratakan bahan-bahan sayuran tadi.Pastikan bahan susu dan telur tidak terlalu penuh.Taburkan pula lebihan cheese diatasnya.
4- Masukkan semula quiche kedalam oven dan bakar selama lebih kurang 30 minit atau hingga bahagian atasnya kuning keemasan.Sejukkan sebentar dan boleh lah dikeluarkan dari acuannya sebelum dipotong.
                                                           happy cooking




Comments

  1. salam kak ros....quiche bayam dlm pinggan gardeners wife tu dh tinggal separuh yer, issshhh teruk betul....ekekeekekeke

    ReplyDelete
  2. Selamat petang Puan Ros,
    takpernah buat quiche bayam tapi tengok hasil air tangan Puan Ros macam sedap sangat! Buatnya pun taklah susah sangat ye...

    ReplyDelete
  3. salam Liza,nasib baik tak makan sampai habiskan???ngee...kalau tak kesian anak2.

    ReplyDelete
  4. Salam Amie.Bayam free.....hihihi.Buatnya memang mudah.kalau nak masukkan tuna pun sedap.Resepi ada dalam archive under quiche.

    ReplyDelete
  5. wahh!! hebatnyer.. tun biasa x pandai tanam pokok.. tp teringin sgt nk ada mini garden.. skrg ni beli anak pokok n tanam dlm pasu. ada la 2-3 jenis pokok. nk semai sendiri x pandai.
    tun x pernah buat quiche, aritu ada tgk dlm masterchef, terliur jugak.

    ReplyDelete
  6. Tun..kak Ros pun tangan panas le...tanam apa pun tak nak tumbuh.Tapi hubby kak.Ros buat apa pun penuh hati2 dan kak Ros tak sangka bila dia berkebun semuanya menjadi.Tapi memang bangga le dapat makan hasil tanaman sendiri.

    ReplyDelete
  7. Wow, my favourite! tapi Along buat spinach quiche guna canned spinach, belum pnh cuba bayam segar.

    ReplyDelete
  8. Kesukaan ku...tapi selalu malas nak buat pie crust...nak cuba without crust..pula

    ReplyDelete
  9. waa..canteknya...macam pai pun ada wo...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts