Mashmallow Brownies

Hai semua .Salam malam,tapi ni resepi teatime tadi.Mashmallow ni berada dlm peti dah dekat seminggu.Beli untuk little laling tapi dia tak suka,so papanya simpan dalam peti.Baru tadi perasan dan duk pikir apa nak buat dengan mashmallow ni????????Teringat pula pernah nampak mashmallow dlm brownies tapi malas la pulak nak search blog masak mana satu.So kita godek resepinya sendiri dengan mengunakan resepi chewy goey brownies yang memang semua blogger masak dah buat.Yang kita tukar hanyalah jumlah gula sebab mashmallow yang dimasukkan ni pun manis.
Yang bestnya experiment ni tetap menjadi.Tak rugi mencuba.memang sedap.Mula mula tengok mashmallow melted dan jadi hitam legam dalam hati berkata,masuk cik tong sam la nampaknya.Tapi bila dah sejuk sedikit dan dipotong,masukkan sedikit kedalam mulut..wah!!! sedap. Masa masih suam2 panas dalamnya moist dan atasnya macam ada caramel dan macam makan gula-gula kapas pun ya.
Tapi bila brownies ni dah betul2 sejuk rasanya  memang soft, sedap...dan yum..yum..cuba lah pasti tak menyesal..
Nota: simpan semalaman brownies ni jadi lagi sedap



Bahan-bahannya;
* 200grm cooking choclat
* 125grm butter
* 120 grm mashmallow
* 100 grm gula pasir
* 3 biji telur
* 50 grm serbuk koko
* 45 grm tepung gandum
* 1 sudu esen vanilla


Cara memasak
1- Masukkan butter dan cooking coklat kedalam mangkuk tahan panas dan cairkan dalam microwave selama 1 minit(boleh juga masak cara double boiler).
2- Pukul telur,gula dan esen vanila hingga kembang dan masukkan pula bancuhan coklat dan butter.Pukul sebentar lagi.
3- Ayak tepung gandum dan serbuk koko.Masukkan sedikit-sedikit kedalam bancuhan telur dan kacau sebati.
4- Masukkan pula mashmallow dan kacau sebati.
5- Alas loyang pembakar dengan pachment paper dan tuang adunan kedalamnya.
Ratakan adunan.
6- Panaskan oven dgn suhu 180 dan bakar selam lebih kurang 25-30 minit.boleh turunkan suhu pada 160 selepas 15 minit. Masak lah hingga bahagian atasnya nampak sedikit kering dan adunan tidak bergerak bila loyang digoyang.





Comments

  1. Drooling nonstop over here!!! Yummm brownies...;)

    ReplyDelete
  2. Hai love.Pls try to bake this brownies.Its realy yummy...

    ReplyDelete
  3. Kak Ros..Biar buruk rupa tapi ..... nyum nyummyyyyyyyy.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts