Mereka yang sudi.......

Thursday, May 26, 2011

Baked Chicken

Hi semua.I baked this chicken the night before we left for Singapore. Served with kentang putar dan coleslaw.Actually resepinya adalah resepi campak-campak je .Nak habiskan apa-apa yang ada dlm peti sebelum kita pergi.Resepinya pun macam ingat-ingat lupa je...

 Bahan-bahannya:
* 5 keping whole chicken tight
* Perahan jus dari 1 biji lemon
* 3 sudu kecil McCormick mixed herbs
* 2 sudu kecilMcCormick Montreal chicken herbs
* Secubit garam
* 2/ 3 sudu minyak masak
* 1/2 sudu serbuk lada hitam
Cara memasak
1- Campur semua bahan dalam mangkuk kecil.
2- Cuci bersih ayam dan lap kering.Tuang bahan-bahan yang dicampur tadi keatas ayam dan gaul rata.Perapkan dlm setengah jam.
3- Panaskan oven 200 C dan bakar ayam selama lebih kurang 1 jam.Bakar lah ayam hingga keperangan.Jus dari ayam yang dibakar tu boleh dimasukkan dlm brown sos yang dimasak untuk dimakan bersama ayam.


Resepi brown sos secara ringkas
Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga layu dan masukkan tepung gandum.Bila gandum dah masak,masukkan pula susu segar atau cream
 dan jus dari ayam tadi.Masukkan 1/2 keping kiub pati ayam.Cuba rasa mengikut selera masing-masing.Masukkan juga dalam 1 sudu kechil Lea & Perins sos dan kicap pekat/manis untuk mendapatkan sos bewarna coklat.Masukkan pula  serbuk lada hitam sebanyak yang disukai.Masak hingga mendidih dan hidangkan bersama ayam atau kentang putar.

4 comments:

  1. Sedapnya ayam ni..Simpan resipi dulu ni..Tunggu seru sampai

    ReplyDelete
  2. Hai Sue.sihat ke???Cuba la resepi ayam tu.semuanya campak2 aja.Pas tu masuk oven.gi tengok Tv dulu,lepas tu dah boleh makan.senang je...

    ReplyDelete
  3. assalam kak ros,
    betul tu ambik recipe dulu bila2 boleh buat ni..thanks for sharing ya..actually i've got one more recipe to try from your kitchen tengah tunggu chance aje ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Thanks ayu.Tapi kepakaran ayu memasak kak.Ros tak boleh nak tandingi la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info