Cencaru Goreng Sambal Daun Kesum


Salam.....Resepi ikan ni dah lupa pun hari apa kita masak.Tiba-tiba ternampak gambar yang masih kat sim card.Walau pun ikan tu dah lama berlabuh dlam perut semua orang kat sini ,tapi resepinya kita masih ingat,so gerenti la kita yang masak! Sebenarnya kita msak 3 ekor ikan cencaru hari tu.Sebelum apa-apa kita dah bedal seekor.Makan sorang-sorang.Mengalahkan ibu kucing.Tapi lebih baik dari jadi ibu rimau(Kadang-Kadang kat kindie kita memang macam ibu rimau) hi..hi..hi...jom layar


Bahan-bahannya
* 3 ekor ikan cencaru dibersihkan dan buat belahan dibelakangnya
* 3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar sederhana besar
* 1 biji cili merah
*1 biji cili hijau
* 2/3 tangkai cili kering
* Beberapa pokok daun kesum(suka hati masing-masing)
* 1 sudu kecil pes asanm jawa
* Garam dan gula secukup rasa
* Minyak untuk menumis dan mengoreng ikan
Cara-caranya
1-Kisar semua bahan-bahan *.Panaskan dalm 3 sudu besar minyak makan dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.masukkan pes asam jawa,gula dan gara.Perasakan sesuai dgn selera masing-masing.Angkat dan sejukkan.
2-Bila sambal suduah sejuk masukan sambal kedalam perut ikan.Boleh juga dimasukkan beberapa helai daun kesum jika suka.Ratakan sambal pada ikan dan goreng ikan hingga garing.Hidang lah semasa panas-panas.

Comments

  1. sedapnya ikan cencaru tu. Lama tak pekena ikan cencaru belah belakang.....

    ReplyDelete
  2. salam kenal harleena.Dekat sana ada ke ikan cencaru?

    ReplyDelete
  3. Salam kak Ros...pe kabo...sihat2 selalu hendaknya....
    Sedapnya menu Ikan Cencaru masak cam gini ek...ada daun kesum lagi...Wow! mesti sedap ni...:)

    ReplyDelete
  4. Hai cik cek.memang sedap.kalau suka masukkan cili padi dan lebihkan rasa masam.lagi sedap,kak tak buat sebab little laling pun suka ikan ,pedas sangat nanti kesian dia.

    ReplyDelete
  5. mmm sedap ni ade daun kesum..kalo saye dpt ni laju je makan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts