Blueberry Jam Bars

salam malam.Dah beberapa hari rasanya oven kak dapur tak dipanaskan.petang tadi teringin nak makan sesuatu yang manis.dan teringat blueberry filling yang masih ada didalam peti.Mula-mula ingat nak buat muffin.tapi malas rasanya nak keluarkan mixer dan muffin pan.So kita teringat bluebery bar yang resepinya ingat2 lupa dari blog mana kita lihat.Tapi disebabkan cara nak mmbuatnya senang tak pakai banyak bahan dan perkakas kita berjaya lah buat bluebeery bars ni.Sesiapa yang tak suka manis,boleh kurangkan gula.Tapi P.Ros suka sebab  kita makan blueberry bars ni dengan teh tampa gula.


Bahan-bahannya
* 3 cawan gandum
* 1 cawan gula
* 250grm butter sejuk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh baking powder
* 8 sudu besar blueberry jam (blueberry filling)



Cara memasak
1- Dalam mangkuk Campurkan gandum ,gula dan baking powder dan kacau sebati.
2- Potong kecil  butter dari peti sejuk dan masukkan kedalam campuran gandum tadi.Guna tangan dan ramas adunan menjadi seperti breadcrum dan masukan pula sebiji telur.Gaul lagi.
3- Masukkan adunan kedalam tray dan tekan-tekan adunan setebal 1/2 inci hingga rata.(P.Ros guna dua loyang kecil).Jangan lupa tingalkan sedikit adunan untuk diparut diatas lapisan jam.
4- Setelah adunan rata sapukan blueberry filling keatasnya.Baki adunan dikepal bulat dan diparut keatas lapisan blueberry filling tadi.
5- Panaskan oven dengan suhu 200c dan bakar blueberry bars selama lebih kurang 45 minit.Letakkan loyang pada rak bawah.Sekiranya bahagian atas sudah garing dan bahagian bawahnya belum boleh lah gunakan aluminium foil untu menutup lapisan atas sementara menuggu lapisan bawah garing(Sebenarnya bergantung pada oven masing-masing.)

Selamat mencuba ya.



Comments

  1. Nampak sedap bars ni...nak buat pun senang aje...

    ReplyDelete
  2. kak ros cayang meh pos ke adikmu ni bluberry bars ni buleh gitu?adikmu dilanda kemalasan

    ReplyDelete
  3. Pos kotak kosong la yang ooi..2 tray bars tu dah selamat berlabuh dlm perut.Semua tukang makan suka,hii..hi..hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts