Popia Telur Dan Sausage

Salam pagi semua.Hari ni kita rest kat umah.Tadika cuti sebab semalam sports day.Hari ni cikgi-cikgi serta pengetua sekali perlu rehatkan badan dan betulkan mana-mana urat yang tersimpul semalam.Tuan rumah ni pun sebenarnya sakit badan dan tumit kaki.
Hari ni buat popia untuk b-fast.Kulit popia tu dah lama beli.Harap-harap dgn makan popia perut laling kenyang lama sikit sebab sakit tumit kaki la nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Rasanya there is no fixed rules for inti popia kan??? Masuk saja apa yang anda suka.I always like to have an eggs in my popia.So sila la tengok resepi yang senang ni ya

 Bahan-bahannya
 * 15 keping kulit popia
*  Hirisan 1 keping kobis
* 1 batang carrot diparut
* 1/2 labu bawang besar dihiris halus
* 1 biji cili merah dihiris nipis
*  1/2 biji hirisan capsicum hijau dan kuning
* 1 batang daun bawang dipotong kecil
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 biji telur
* 2 batang sausage
* 1 keping kiub pati ayam
* secubit gula dan garam jika mahu


Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang putih hingga wanggi
2- Masukkan hirisan sausage kacau sebentar.Pecahkan 2 biji telur kedalam kuali dan kacau rata.Tunggu hingga telur masak dan kacau biar telur hancur.
3- Masukkan pula hirisan semua sayuran dan kiub ayam.Kacau rata dan rasa lah garam gula mengikut selera masing-masing.Tak payah goreng sayur lama sangat sebab takut layu dan lembik.Angkat dan sejukkan.
4- Bila inti sejuk ,masukkan 1 sudu besar inti kedalam kulit popia dan gulung kemas.sapukan sedikit air sejuk untuk melekatkan bahagian tepinya.
5- Panaskan minyak dan goreng popia hingga garing dna hidang bersama  sos pilihan masing-masing.






Comments

  1. Salam Kak Ros,
    Sedapnya ada sosej dalam popia..Boleh cuba gak ni...

    ReplyDelete
  2. Hai sue.Dah dekat seminggu kak Ros cuti berblog.Pergi bercuti 4 hari kerja menimbun kat opis.penat pun belum habis dan belum sempat nak masak lorr.Nanti cuba buat popia tu ya.pas tu bagitahu kak ros budak-budak suka tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts