Mereka yang sudi.......

Monday, May 9, 2011

Gangboa chicken

Salam to all.Last night kita masak 2 masakan cina for dinner. Gangboa chicken dan ice-berg lettuce goreng dgn sos tiram.The 2 chair-chair???? memang suka masakan ni.Senang saja memasaknya dan sedap dimakan dgn nasi panas.Guna pula chopstick sekali-sekala...ok tak laling...?This tukang makan memang tak banyak cerita pasal makan so makan aje la...

Bahan-bahannya
* 12 keping chicken fillet
* 12 batang cili kering dipotong dua
* 12 biji cashewnut
* hirisan capsicum apa-apa warna
* hirisan 1/2 biji bawang besar
* 2 pokok daun bawang bahagian yang agak keras dipotong panjang
* 2 ulas bawang putih dihiris halus
* sedikit halia muda dihiris halus
Bahan sos
*3 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap manis
* 2 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos lea & perrins
* 1/2 keping kiub ayam
* garam secukup rasa jika perlu
* 4 sudu besar air
Cara memasak
1- Panaskan minyak,goreng cashewnut selama beberapa minit dan angkat serta ketepikan.Dalam minyak yang sama gorengkan pula cili kering hingga sedikit garing.Angkat dan ketepikan.
2- Dalam kuali yang sama masukkan bawang putih dan halia,goreng hingga terbit bau.Masukkan pula ayam dan goreng hingga ayam masak dan air ayam kering.
3- Campurkan semua sos dgn 4 sudu air,kacau sebati.Tuangkan campuran sos kedalam ayam. masukkan kiup pati ayam dan garanm jika perlu.Goreng ayam hingga kuah nampak pekat.Masukkan capsicum dan potongan bawang besar.Gaul semua hingga mesra.
4- Masukkan cashewnut dan cili kering yang digoreng tadi.kacau sekejap.Tutup api dan siap untuk dihidang.Taburkan daun bawang yang dipotong panjang semasa menghidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info