Kek Sugee Kopi

salam malam.Sugee cake for our teatime today.Tak tahu kenapa lately asyik nak bake something dengan perisa coffee.Sebelum balik kampung hari tu kita baked bread pudding perisa coffee.Masa kat sana pun sama.Dan today teringin nak buat kek sugee.Bila buka botol gula ternampak 1 packet nescafe yang dah dibuka (guna untuk buat puding roti last week).Tangan ni terus saja capai packet nescafee tu.dan ini lah hasilnya.Tak rugi mencuba ya....Bau yang semerbak semasa membakarnya buat rasa tak sabar nak  makan!


Bahan-bahannya
* 250 grm butter

* 170grm gula halus

* 5 biji telur gred B

* 100 ml susu

* 2 sudu teh esen vanilla

* 170 grm tepung gandum

* 1 sudu teh baking powder

* 125 gram semolina (tepung sugee)

* lebih kurang 1 packet nescafe 3in 1
* secubit garam


Cara memasak

1-Dalam mangkuk campurkan tepung gandum dan baking powder dan ayak.Masukkan tepung suji dan garam.Ketepikan

2- Telur,susu dan esen vanila disatukan dan dipukul hingga sebati.Ketepikan.

3- Putar mentega dan gula halus hingga kembang .Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga gebu.

4-Pada kelajuan rendah masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Gaul rata.

5- Tuangkan adunan kedalam loyang.Taburkan nescafe 3in1 ditenggah-tenggah adunan dan kacau sebuk mengunakan chopstick untuk membuat lakaran.

6- Bakar dalam oven dengan kepanasan 175c selama lebih kurang 35 minit.

Comments

  1. Salam Kak Ros...

    Nampak sedap kek ni...cek memang lama dah tak membaking2 ni...bila lak sampai seru nak buat kek ni....:)

    ReplyDelete
  2. hai cek,buat la,senang aja sedap minumdgn kopi petang-petang.Hari ni cek dah tak stress ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts