Mereka yang sudi.......

Sunday, May 1, 2011

Sticky Lemon chicken

Salam semua.Resepi pertama dimasak untuk lunch today for my family after few days they all makan makanan kedai while I'am not around.But my 2nd princess did cooked something simple for the farther to eat,and when I asked "What did papa said?" "Ok lah katanya.Emm ok la tu as long as the food can be eaten and no body kena food poisoning kan?????Good girl,Maybe you can cooked for me something for Mother's Day kan???Muah..muah.. love you girl.
Bahan-bahannya
* 10-12 ketul campuran paha ayam dan kepak ayam
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu kecil bawang besar
* halia sebesar ibu jari
* 1/2 cawan sos tiram
* 1/2 cawan madu
* 1 sudu besar kicap cair
* 3 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar kicap manis
* jus dari 1 biji lemon

Cara memasak
1- Bersihkan ayam dan masukkan dalam 1 mangkuk besar
2- Tumbuk bawang putih,bawang besar dan halia.Lumur pada ayam.
3- Masukan semua bahan lain kecuali jus lemon kedalam mangkuk ayam.Gaul rata dan perap lebih kurang 1 jam
4- Dalam kuali besar panaskan dalam 3 sudu besar minyak makan dan masukkan ayam.Kacau sebentar.Masukkan dalam 1/2 cawan air dan tutup kuali.Biar sampai ayam mendidih.Buka penutup dan balik-balikkan ayam sekali sekala.Tutup kuali untuk 10 minit lagi.
5- Buka penutup kuali dan goreng ayam hingga air kelihatan kering.masukkan jus lemon dan masak ayam hingga sos kelihatan likat dan ayam kelihatan masak. Hidangkan ayam didalam pinggan tampa mengambil minyaknya.Selamat mencuba.





1 comment:

  1. memang sedap ayam goreng madu ni...selalu sy wat ngn nasi ayam..best2 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info