Ayam Tandori Express

Salam Sabtu.Ayam tandori express ni dimasak untuk makam malam semalam. Kes nak cepat sebab semenjak dua menjak ni kena jemput my 1st princess balik kerja dariTaylor Universiti lake side. Hari hari jem you.....sakit kaki.
 Guna paste tandori dalam paket jenama Brahim.Namanya pun express, seharusnya la tak ada tumbuk menumbujk potong memotong atau kisar mengisar. Namun kejadiannya tidak la mengecewakan.

Bahan-bahannya
* 7 keping paha ayam
* 1 paket paste tandori jenama Brahim
* 1 sudu besar susu segar (kalau ada yogurt lagi bagus)
* 1 1/2 sudu besar cuka
* 1 sudu kecil garam
Bahan hiasan
* 1 biji timun
* 2 biji tomato
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji limau nipis
Cara memasak
1-  Basuh bersih ayam dan keringkan airnya.Kelar dikedua-dua belah paha ayam
2- Masukkan paste tandori kedalam mangkuk, campurkan pula susu,cuka dan garam.Gaul sampai rata.
3- Masukkan bahan perap tadi kedalam ayam dan gaul sebati .Peramkan selama beberapa jam dalam peti sejuk. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan masukkan dalam 1 1/2 sudu besar minyak masak dan gaul rata bersama ayam
4- Sediakan dulang dan lapik dengan foil.Atur ayam dan bakar dgn suhu 200C selama 45 minit atau ayam kelihatan kehitaman disetengah bahagiannya.
5- Angkat, aturkan dalam pinggan dan kalau ada bahan sos atas dulang boleh la diambil dan letakkan diatas ayam dan
 aturkan bahan-bahan sayur.
6-Perahkan limau nipis jika suka dan boleh dihidang bersama nasi panas.
Taraaaaa.....

                                                     Happy cooking  




Comments

  1. salam pn ros..walopon xpress tp presentation ttp meletops..mcm hidangan pengantin gitu!

    ReplyDelete
  2. weee...kak ros,xpress pun nmpk tetap menyelerakan.nor xpenah lg try paste Brahim ni.macam nk kene try jer,maklum ler skrg ni kat umh sume suke yg panggang2 sejak baru beli grill BBQ :D

    ReplyDelete
  3. saya kan kak suka betul resepi express cam gini...janji sedap..kekeek...ada ye rempah tandori jual kat kedai..nak carik la nanti..:)

    ReplyDelete
  4. Hai micasamawar...sila cuba.Main taruk-taruk je..taraaa...

    ReplyDelete
  5. Salam kakRos. Walaupun express tp nampak marveles.

    ReplyDelete
  6. wah..suke jugak ayam tandori tu kak..tp susah nak cari rempah. cikwan biasa guna jenama mother's recipe.. tu pun jumpa kat tesco.

    ReplyDelete
  7. Kak Ros sayangggg.... walaupun namanya ekspress tapi rupa paras ayam tandoori tu sungguh menyelerakan! Nak seketul peha...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ros...sedap betul tengok drumstik ni....rasa macam nak ngap-ngap jeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts