Mereka yang sudi.......

Tuesday, June 5, 2012

Hana's Brownies Cake Pops



Salam untuk semua.Minggu kedua cuti sekolah. Sudah menjadi kebiasaan bagi my little laling untuk menghabiskan sebahagian dari cuti sekolahnya dikedai buku dan main masak-masak kat dapur.Sepanjang cuti ni dah dua kali kekedai buku untuk menghabiskan masanya dengan membaca buku cerita dan mencuci mata dengan gelagat orang 2 dikedai buku.
Hari ni sampai la masanya untuk dia buat project didapur pulak.She have decided to make a cake pop. Agaknya teringat macam mana seronoknya dia dan kawan2nya masa P.Ros bagi anak2 ditadika buat project cake pop ni sebelum cuti sekolah 3 tahun lepas.kali ni P.Ros masakkan brownies untuk dia buat brownies cake pop tu.
Bangun pagi-pagi mula kan project sebab pukul 10 dia  ada kelas Al Quran.So sempat la brownies tu keras sebelum memulakan langkah menghias.Lepas lunch kami mulakan project lagi.Dah siap kemaskan dapur yang dah berkecah, terdengar dia menjerit," papa I wanna go swimming!!!!!!" adoi project dia untuk hari ni belum habis rupanya???
Sorry I'm not taking that project,somebody else have to do it lol!!!!
Bye..bye..old laling and little laling..off they go.Leganya...


Cake pop ni sebenarnya boleh dibuat mengunakan kek yang dah siap dibuat (beli je sebiji) dan selalunya coklat frosting digunakan untuk mengadunnya..Tapi untuk cake pop ni memandangkan coklat dah digunakan dalam resepi brownies tu dan juga untuk salutannya maka P.Ros gunakan jem yang biasa dimakan bersama roti tu.

Bahan-bahan untuk brownies
* 60 grm butter
* 100 grm cooking chocolate
* 1 biji telur
* 40 grm gula perang
* 25 grm tepung gandum
* 20 grm serbuk koko
* 2  ke 2 1/2 sudu kecil jam (P.Ros guna resberi jam)
Cara membuat brownies
1- Dalam mangkuk tahan panas campurkan butter dan cooking coklat.Masukkan dalam microwave selama beberapa saat (boleh juga gunakan cara double boiler).Angkat keluar dan kacau rata.Ketepikan
2- Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang dan masukkan bancuhan coklat tadi.Putar sekejap.
3- Masukkan pula tepung gandum yang telah dicampur bersama serbuk koko.Pukul hingga semua bahan sebati.
4- Sapukan sedikit butter pada mangkuk kaca dan tuang bancuhan brownies.Bakar pada suhu 160C selama 
lebih kurang 20 minit.Angkat dan sejukkan.
5- Bila brownies dah sejuk masukkan kedalam mangkuk dan patah-patahkannya.Buat sampai semuanya hancur dan masukkan jam sesudu-sesudu sambil digaul rata.Adun sampai brownies menjadi sedikit lebik(jangan terlalu lembik) dan lembut dan boleh dikepal menjadi bebola.(Untuk adunan ni P.Ros dapat 11 biji bebola brownies).
6-Simpan bebola brownies didalam peti sejuk selama beberapa jam.
Untuk salutan coklat
1- Potong cooking coklat sebanyak 150 ke 200 grm kedalam mankuk dan microwavekan selama beberapa saat.Angkat keluar dan kacau rata.
2- Keluarkan bebola brownies dari peti ais.Ambil sebatang kayu lolipop dan celupkan hujungnya kedalam bancuhan coklat tadi.Cucuk kayu lolipop kedalam bebola brownies dan celup keseluruhan brownies dalam bancuhan coklat tadi.
3- Pusing2kan bebola atau hentakkan secara perlahan supaya semua excess coklat jatuh semula kedalam mangkuk bancuhan coklat,
4- Taburkan apa-apa bahan hiasan yang disukai.
5- Cucuk batang cake pop tadi pada starofoam yang telah disediakan atau boleh juga mengunnakan buah oren atau epal.(Puan Ros secara kebetulan ada bekas garam dan pepper gambar mickey mouse  yang berlubang kat atasnya).
6. Biar sampai salutan coklat kering  dan mengeras, siap untuk dimakan.


                                                     happy cooking






30 comments:

  1. salam ros. Samalah kita buat cake pop harini. Bundo pun petang taadi mengepop jugak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bundo..ya ke???sehati sejiwa la...hidup cake pop!!!

      Delete
  2. asslm Kak Ros...alahai comeiii2 pop cake tu..nmpk sedap pulak tu..nk 3 btg tu bleh x..hihi

    ReplyDelete
  3. QH yang ni memang sedap sebab dalamnya brownies...Ada lagi 2 ketul mai cepat.

    ReplyDelete
  4. owh sedapnya...
    hannah dah potong rambut yer...sweetnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bit yang ni memang sedap.sebab dalamya brownies.Tapi sweet...la macam hana la kot..hehehhe

      Delete
  5. assalam puan Ros..tiba2 pulak acik rasa nak buat kek cokelat..

    ReplyDelete
  6. ooooo..mcm tu kekdahnya buat kek pop ni yea...lebih kurang cam choc ball cam kt kedai kek tu yea..tp choc ball tu besar la kan..ok thanks 4 sharing kak ros..InshaAllah akan try.

    ReplyDelete
  7. salam kak...waaa memang menarik skli idea tu kak..mesti kanak2 suka...ceria jee keknya..mksih ye kak sdi singah dpur kcik maz tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai maz, budak2 akan seronok dapat buat project ni..

      Delete
  8. kebetulan pulak ye...kak ros & ibundo buat kek pop yang sama...janji ke..hehehe...dua2 nmpak menggeramkan...yummyyy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi khairiah..kak ros dengan ibundo org yang seangkatan maka jiwanya agak sama...hihihi

      Delete
  9. salam kak...frsttime lawat sini....hapi to follow kak...

    http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  10. geram tgok pipi hana yg gebu tu kak ros..bsmgat tul dia buat cake pop..

    ReplyDelete
  11. happy je muka princess...heheheh...saya teringin nak buat versi lolipop ni tapi tak dek sape nak makan...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q...raya nanti tak payah bagi duit raya,bagi kek pop satu sorang ..aci tak???

      Delete
  12. Salam k.Ros.bagus Hana pandai buat pop cake...ada bakat memasak ni.sypun ada buat jugak...Syakirah yg tlg kacau tp belum sempat update di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamasya.Seronokkan bagi budak2 buat project macam ni.

      Delete
  13. Salam Ukhwah.. tq sudi follow sha yaa.. salam kenal dari sha... wahh comelnya Lil Laling akak tu... rajin tolong mummy kat dapur yaa... :)) nak cake pop satu boleh tak??

    ReplyDelete
  14. Bilalah mama nak buat bendaalah pop pop ni ye? Tengok Hana buat, cam bestttt... cam funnn aje... mmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamaFami, kita suka habiskan masa dengan hana kat dapur.Kalau tak setiap hari baginya amat panjang tampa activity.

      Delete
  15. As'salam Kak Ros

    cantik dan sanagt kreatif Hana, jarang anak2 ni nak duduk sama kat dapur kalau kita memasak kan. Ni Hana ikut jejak langkah Kak Ros lah ni...Alhamdulillah pandailah dia nanti memasak hehehe

    ada lebih tak nak juga merasa kek POP tu, tadi dah minak kat Bundo juga hehehe

    ReplyDelete
  16. anak2 i suka sangat benda ni.. nak buat leceh kan.

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Ros,
    Waaa rajinnya anak dara kak Rose mengepop, cute sgt hasilannya, sekali ngap sebiji, sebelas kali ngap selesai.....hehehe

    ReplyDelete
  18. Salam kak ros, sorry baru skrg ada masa nak jalan2 p blog akak, kreatif btllah, buat cake pop dgn anak, i like, healty activiti : )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info