Mereka yang sudi.......

Sunday, June 24, 2012

Tempe & Peria Goreng Rangup

Salam hari minggu. Peria goreng dan tempe digabungkan  sebab perianya ada separuh saja. Tempe pulak..sumpah cakap 1st time masak. Tak pernah masak tempe sebab P.ros tak makan tempe. Saja digabungkan kedua-duanya agar dapat banyak sikit dan suprisingly memang sedap.Sebenarnya tak payah makan dengan nasi pun boleh buat snacking disebelah petang sambil tengok TV. Memandangkan hasilnya yang agak sedap boleh la buat lagi lain kali.
Bahan-bahannya
* 1/2 biji peria
* 1/2 keping tempe
* 5 ke 6 sudu tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar serbuk kari
* 1/2 sudu kecil kunyit
* 1 sudu kecil garam(atau secukup rasa)
* 1 ke 2 sudu air
* sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak
1- Potong nipis peria,buang bahagian bijinya.Basuh dan rendam air garam dalam 1/2 jam.Toskan air dan lap keringGuna kitchen rool.
2- Tempe juga dipotong nipis
3- Dalam mangkuk,campurkan semua bahan kering dan gaul rata.Masukkan tempe dan peria tadi dan gaul rata.
4- Masukkan sesudu air kedalam campuran peria tadi dan kacau rata.Sekiranya tepungnya masih kurang bersalut boleh la ditambah sedikit lagi air.
5- Panaskan minyak secukupnya dan goreng peria dan tempe dalam 2 batch (masukkan sekeping-sekeping). Goreng hingga betul-betul garing.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.Siap untuk dihidang.
                                                    happy cooking





6 comments:

  1. tempe goreng nipis2 nie mmg suami sya suka....sya suka cicah dgn sambal kicap...mkn panas2 mmg tak hingattt

    ReplyDelete
  2. Salam Khairiah,Kak Ros jarang makan dan tak pernah masak tempe..tapi jatuh cinta dengan yang ni pulak.

    ReplyDelete
  3. Salam kak...maz suka tempe2 greng ni...sdp kan mkn pnas2..tpi peria tu xreti la plak nk mkn...tkut pahitt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maz terbalik le kiranya kita ni.Kak ros jarang malan tempe tapi selalu makan peria goreng dengan nasi daun pisang.Sedap.

      Delete
  4. wahh kak..peria boleh buat goreng ye...tak pernah makan lagi....selalu saya ni kalau masak peria mesti pahit..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH,kalau orang india peria memang digoreng.Potong nipis-nipis dan dicelup tepung serta goreng garing2.Tak pahit pun, Makan dengan nasi daun pisang..mak mertua lalu memang tak nampak punya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info