Mereka yang sudi.......

Saturday, June 30, 2012

Butter Cookies

Salam Sabtu untuk semua.Satu hari yang penat . Dah berhari-hari my little laling dok bagitahu dia nak suruh mama ajar dia buat butter coookies.Entah mana dia dapat idea nak mengukis tu. Dah berulangkali dia tunjukkan beberapa video yang membuat butter cookies.

Maka untuk tidak menghampakan kehendaknya,hari ni  bermula dari subuh kita masuk dapur dan kacau adunan dan simpan dalam peti ais.Bila little laling bangun, makan breakfast dan mandi, dah pun pukul 10 pagi.Ngam-ngam la adunan cookies dah berada dalam peti selama beberapa jam. Maka bermula la project kami.

Sebenarnya bukan senang berada didapur dengan sicilik bila semuanya mereka nak buat sendiri dengan cara mereka.Pening kita dibuatnya.Bila dia dah rasa penat dan dah cukup main masak-masak,kenalah kita menyanbung kerja yang terbengkalai dan kemas mengemas.Adoi....

Cookies ni memang sedap walau pun dimakan begitu saja.So P.Ros tak letak icing pada semua cookies. My laling yang memang suka cookies dan coklat angkat sebalang dan makan sambil baca suratkhabar.Lega hati tak payah dan sapu icing pada semua cookies.Jadi kebanyakkan icing tu disapu oleh little laling.Kita baiki sikit-sikit je.

 Bahan untuk cookies



* 1 cawan butter atau 226 grm butter
* 1 cawan gula
* 1 biji telur
* 3 sudu besar orange jus (P.Ros masukkan 3 sudu besar fresh orange dari kotak) 
* 1 sudu besar vanilla 
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
1- Campurkan butter, gula dan telur dalam mangkuk adunan dan putar semua bahan hingga lembut.Masukkan orange jus dan juga vanila.Pukul sebentar lagi.dengan mengunakan kelajuan sederhana. Masukkan gandum dan baking powder dan pukul hingga semua bahan sebati (doh agak sedikit lembik ya).
2- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan masukkan kedalam plastik bungkusan (P.Ros bungkus dgn aluminium foil).Simpan didalam peti sejuk selama 3 jam.
3- Keluarkan 1 bungkus  adunan cookies.Tabur gamdum atas papan canai dan gelek kan adunan sederhana tebal dan terap dengan cookies cutter pilihan masing-masing.Buat sampai adunan pertama habis baru dikeluarkan bungkusan seterusnya.
Panaskan oven dengan suhu 150C dan bakar cookies selama 8 ke 10 minit atau hingga bahagian tepi cookies kelihatan perang.Angkat dan sejukkan diatas redai.

Bahan Untuk Icing
* 2 cawan gula icing
* 40 grm butter
* 1 sudu kecil vanilla
* 4 ke 5 sudu besar susu segar
* 2 sudu besar jus limau nipis
* pewarna pilihan masing-masing
cara-caranya.
1- Ayak gula icing kedalam mangkuk adunan dan masukkan butter.Kacau perlahan.(P.Ros memilih untuk mengacau dgn senduk kayu sebab kalau guna pemutar letrik habis semua gula beterbangan).
2- Masukkan susu segar dan jus limau sesudu-sesudu hingga mendapat consistency icing yang dikehendaki.(icing hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat,Bila dikacau dengan susu dan diangkat,ianya tidak mudah jatuh dari sudu dan agak lembut dan senang untuk disapu pada cookies).
3-Bahagikan icing yang berwarna putih kedalam beberapa biji mangkuk kecil dan masukkan setitik pewarna yang disukai.Kacau rata.
4- Sapu lah pada cookies yang telah disejukkan tadi dengan cara hiasan pilihan masing-masing.
P/s gunakan gula kasar supaya bila dimakan biskut jadi sedikit krup..krap..krup..krap..memang sedap!!!
                                                        happy cooking

11 comments:

  1. Wah menariknya biskut ni.. Colourful... Dah tentu anak2 Kak Ros suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur..anak2 suka..mak anak2 pun suka juga...

      Delete
  2. Rajinnya anak Kak Ros... kecik2 lagi dah minat masak-masak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie dia memang suka kedapur dan buat sepah.Penat kak Ros mengemas tau...tak pe le,muga bila dah besar nanti rajin dia kedapur.

      Delete
  3. wamboii pandainya anak dara kecik ni buat kuih...bagi Nekcik sebakul ye laling!!!

    ReplyDelete
  4. salam kak ros...pandainya anak kak ros.. dah berjinak2 nak masuk dapur .. ok la tu kak ros... bila dia dah ada kerelaan hatinya nak masak2 ... boleh la tolong2 ibunya nanti hihi

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum kak Ros..

    Alaaa..comelnya little laling akak.. Rajin nak buat cookies lak tu.. Sedap kek kak cookies ni? Ada rasa cam butter cookies yg selalu jual dlm tin bulat dgn pelbagai bentuk tu ke? Saja tanya.. Ada member tanya Naz ada tak resepi butter cookies cam yg dijual dlm tin di kedai2 tu...

    ReplyDelete
  6. salam Kak Ros..
    wah...rajinnye awek tu...siap buat cookies yang kaler full lagi..

    ReplyDelete
  7. wah!!!bestnye eksperimen dgn anak2...kakak ros yg @jubail tu pun selalu melayan anak2 dia buat gingerbread cookies. seronot le bdk2 mendeco. kita ni blm lg bg green light bebudak conquer dapur (xlarat nak kemas).hehe!!!dekat2 raya blh le kot kasi change

    ReplyDelete
  8. hi puan ros...
    pernah try dengan meth meth...tapi geram icing tu...hahahhaa susah betul dengan icing tu, kadang2 cair sangat..kadang2 pekat sangat bila lama skit dah keras...hehehehe

    ReplyDelete
  9. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info