Mereka yang sudi.......

Tuesday, June 12, 2012

Cake Pops lagi???

Salam untuk semua.Cake pops lagi????
Tapi yang ni keknya P.Ros beli tak macam yang ni yang dibuat sendiri.
Hari ahad lepas anak saudara minta buatkan ke pop untuk hari jadi anaknya,so P.Ros buatkan kek pop brownies macam dilink kat atas tu, dan masa pergi tesco ternampak cotton cheese cake.Maka dibeli 2 biji untuk dibuat kek pop buat tambah brownies cake pops kalau-kalau tak cukup.
Dalam kesibukan menghias terlupa la pula nak ambil gambar cake pop harijadi tu...kecewa betul la..
ni je gambar yang ada dan diambil dari facebook.Tak pe le untuk buat kenangan.


Caranya senang je.
1- Ramas hancur kek yang dibeli atau dibuat.Untuk cheese kek ni kalau dah cukup lembab boleh la dikepal menjadi bebola terus.Kalau tak masukkan sedikit jem,campur sebati dan buat bebola.
2- Simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman.
3- Panaskan coklat masakan.Celup batang lolipop dan cucuk kedalam cake pops yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.
4-Simpan semula dalam peti untuk 20 minit.Keluarkan dari peti dan celup cake pops dalam coklat dan hias ikut suka masing-masing.Bila semua dah siap masukkan kedalam peti dan simpan hingga sampai masa untuk dihidangkan.
                                                      happy cooking

10 comments:

  1. wow...

    kak ROS, tersangat suka pengkongsian ini.. sbb beri idea ayu if hari lahir umai bakal hampir..

    thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakam ayu boleh cuba buat ni. senah je kan.Budak budak memang suka.

      Delete
  2. Salam k.Ros.cake pop ke2 dah muncul.....mudahkan pacak2 happy bday...sesuai utk kanak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya..main masak2 dgn anak-anak dgn resepi ni memang fun kan???

      Delete
  3. mengepop lagi ros haha.. ada cheese lagi tu. Kalau ada red velvet lagi sedap ros.

    ReplyDelete
  4. tak de kerja lain kan bundo...asyik mengepop.Red velvet????good idea tu!

    ReplyDelete
  5. Salam kak...

    dah lama nak try cake pop ni....

    ReplyDelete
  6. Wahh yang ni best! dah tentu rasany pun sedap sebab ada cheese cake cotton tu.. good idea.. nanti sha nak buat juga... tunggu bday nelly hehee.. lama lagi.. simpan dalam list.. tq Pn Rose

    ReplyDelete
  7. kak ros.. cw cuba buat last week..hasilnya puas hati...masa tu kawan request...ape pun nasib baik jadi.. ;))

    ReplyDelete
  8. Salam CikWan ..alhamdulillah ist time cuba terus jadi ya.Nanti boleh la ambil tempahan ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info