Tart Telur Dan Bayam

Salam Jumaat untuk semua rakan alam maya yang disayangi.Menu breakfast pagi semalam.Kes banyak daun bayam  dan daun bawang segar2 yang dipetik dari pokok kat tepi rumah.Terus teringat nak buat pai,tapi malas pulak nak buat pastrinya.dan rasanya resepi ni la yang paling senang malah sedap dan mengenyangkan.Jom lihat bahan2 yang diperlukan ya.


Bahan-bahanya
 * 100 grm daun bayam
* 1 cawan cream
* 5 biji telur gred B
* 100 grm cheddar cheese
* 3 batang sausage
* 2 pokok daun bawang
* garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak
1- Dalam mangkuk masukkan telur dan cream Kacau hingga sebati.
2-Daun Bayam dipotong halus dan direbus hingga lembut.Bila dah masak sejat airnya dan perah daun biar hingga semua airnya keluar.Masukkan kedalam bancuhan telur tadi.
3- Sausage dipotong halus dan masukkan kedalam bancuhan telur.
4- Masukkan Cheese,taburkan garam dan lada hitam secukup rasa.Kacau semua bahan hingga bergaul mesra.
 5- Sendukkan bahan kedalam muffin pan yang telah disapu sedikit butter atau minyak masak.Taburkan hirisan daun bawang diatasnya.
6- Panaskan oven dgn suhu 170C dan bakar tart selama 20 minit atau bila tray digoncang adunannya tidak lagi bergoyang.
7- Hidang bersama cili sos atau makan begitu sahaja.

                                                     happy cooking

Comments

  1. waduh..dapnyer kakrose..x pernah lg wat camnih..terliur sehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan menu sihat ni inahar.Boleh cuba jika senang.

      Delete
  2. assalam ..salam kenal
    mama saranur74 blogsport

    menu yg bagus dan sedap utk sarapan pagi...seronok kan dapt masak hasil tanaman sendiri ..

    ReplyDelete
  3. Salam mama sara.Betul tu...Hati berbunga bila dapat petik tanaman sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam puteri..thank you sudi singgah.Letakkan link ya nanti kak ros datang.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..Menu sihat ni, cuma anak2 tak makan sayur..kalau buat macam ni..wahhhhhh jenuhlah mama nya jadi mangsa kena asingkan sayur tu nanti..psstttt agak2 klu blend bayam tu kasi mereka aci tak...? ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue 1 idea yang bagus...kalau tak pun blend carrot,lagi sedap kot.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts