Mereka yang sudi.......

Tuesday, February 14, 2012

Poket Tauhu

Salam untuk semua teman-teman blogger. P.Ros menyepi  2 3 hari sebab ada hal-hal baik dirumah mau pun di tadika yang perlu diselesaikan.Juga bawa anak2 pergi bercuti hujung minggu di PD.
So sekarang rasa lega sikit dan ada sedikit masa untuk duduk didepan lappy.
Tauhu ni dibuat pada hari ahad 2 minggu  lepas.Paginya P.Ros ke pasar tani dan bila balik dah tak kuasa nak masak (bukan apa sebab banyak makanan yang dibeli).Jadi buat tauhu ni je untuk lunch hari tu.Sesuai la untuk anak dara yang sibuk nak berdiet tu..
 Bahan-bahannya
* 6 keping tauhu  
* 1/2 biji carrot yang di parut
* 1 mangkuk kecil parutan sengkuang
* 1/2 biji timun yang dibuang biji dan di potong halus
* 2 ke 3 genggam udang geragau
* Daun salad secukupnya(basuh bersih dan keringkan airnya)
 Cara menyediakan
1- Sapukan sedikit serbuk kunyit dan garam pada tauhu.Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.
2- Dalam minyak yang sama goreng udang geragau yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.
3- Dalam mangkuk campurkan carrot,sengkuang dan timun.Gaul rata.Tabur udang dan gaul lagi hingga semuanya bercampur mesra.
4-Tauhu yang telah digoreng di potong 2.Belah tengahnya dan keluarkan sedikit isinya.(untuk menyenangkan memasukkan sayur-sayuran).
5- Ambil sekeping tauhu dan masukkan sehelai daun salad.Letakkan pula campuran sayur-sayuran tadi.Buat sampai semua tauhu habis.
6- Siap untuk dihidang bersama sos pilihan masing-masing.
P.Ros hidang kan 3 sos berbeza dan P.Ros lebih suka sos manis berbijan.
Resepi sos manis
Masukkan 3 sudu besar sos Hoisin kedalam mangkuk.Campurkan bersama air panas(jumlah air bergantung pada kepekatan yang dikehendaki).kacau hingga sebati dan taburkan bijan yang telah di goreng tampa minyak.
                                                     happy cooking

16 comments:

  1. sedapppnya....
    mas suka tauhu gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mas.Sihat ke? Tauhu ni pasti bagus untuk mas dan baby tukan???Cuba ya.

      Delete
  2. salam Ros...memang feberet mama ni...bangay sayur2 didalamnya..satu kelainan juga..tahu yg di korek isinya...must try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mama..rindu....tauhu ni memang sedap.ratah je macam tu.Ros makan berkeping-keping.

      Delete
  3. Salam Kak Ros..wahhhh balik dari bercoti ni photo masakan pun makin berseri-seri....He he he...ni baru betul2 menu sihat ni....Penuh ngan sayur mayur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sue.ya betul..menu sihat ni.makan lebih sikit pun tak apa....

      Delete
  4. belum pernah cuba sumbat dgn daun salad.. nampak lebih meriah la

    nice blog, terus follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal SvS.terima kasih sudi singgah dan follow.Jemput datang lagi ya.

      Delete
  5. perghhhh...meriahnya! macam2 ada kat dalam poket tu ya kak ros... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue,kak ros suka ni...apa-apa pun boleh dimasukkan dalam poket tu...Lagi macam2 ada lagi meriah..

      Delete
  6. kak macam tahu sumbat ye sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mimi...tauhu sumbat,tauhu bakar.tauhu udang...walau apa tauhu pun tetap jadi pujaan kak ros...suka....

      Delete
  7. sedap..sedap.. kita suka tahu sumbat.

    ReplyDelete
  8. Sesuai betullah untuk yang ingin berdiet! Sihat dan menyelerakan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info