Cheese Crusted Sausage Roll

Salam pagi minggu untuk semua.Wah pagi minggu yang agak malas untuk bergerak kemana-mana.Nak masuk dapur pun terasa malas....tapi ada 4 perut.......yang perlu diisi dipagi minggu ni.Emmmm masak apa ya. Paling senang resepi yang berasakan roti . So pagi ni bagi nama yang vogue sikit untuk resepi ni. Sausage gulung dalam roti tapi serbuk roti dah dicampur dgn parutan cheese. Memang sedap.The simplest is always the best kan?????

Bahan-bahannya
*  8 keping roti
* 8 batang sausage
* 2 biji telur gred B
* 1 cawan bread crumb
* 2 jemput parutan moza or cheddar cheese (nak masuk lebih pun boleh).
Cara memasak
1- Ambil sekeping roti dan gelek sampai nipis dan ketepikam.Campurkan serbuk roti bersama cheese dan digaul hingga sebati,ketepikan.
2- Letak sebatang sausage diatas roti dan gulung kemas.Sapu kan telur pada hujung roti supaya betul2 melekat.
3- Celup roti kedalam telur yang telah dipukul bersama secubit garam.
4- Golek roti kedalam serbuk roti yang telah dicampur bersama parutan cheese tadi.Pastikan kedua-dua belah hujung roti juga dicelup kedalam telur dan dicelup pula kedalam sebuk roti.Buat hingga roti dan sausage habis.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng hingga roti garing keseluruhannya.Tos kan miyak dan siap untuk dihidang bersama chili sos atau makan begitu sahaja.
                                                                   happy cooking


Comments

Popular Posts