Mereka yang sudi.......

Sunday, February 5, 2012

Double Choc Eclair



Salam Maal Hijrah untuk semua rakan2 blogger islam semua.Resepi minum petang semalam, permintaan khas dari my laling.Dia suka yang filling keju hari tu sebaliknya kita buat yang filling coklat sebab anak2 mintak yang filling coklat.Resepi choux pastrynya diambil dari internet.Memang elok dan betul2 hollow didalamnya.Filling tu kita buat custard with chocolate flavor saja dan drizzle the cooking choclate on top.


Bahan-bahan choux pastry
* 200 ml air
* 120 grm butter
* 1 cawan gandum
* 5 biji telur gred B
*  secubit garam
cara memasak
1- Panaskan air,garam dan butter diatas api sederhana hingga mendidih
2- Masukkan gandun dan kacau hingga menjadi sebuku doh.
3- Angkat dan sejukkan
4- Bila doh telah sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dengan senduk kayu atau hand mixer (P.Ros guna hand mixer) hingga adunan menjadi doh yang sebati dan nampak elastic.
5- Masukkan doh kedalam piping bag.Potong hujung piping bag atau guna nozel.(P.Ros potong je hujung plastic piping bag tu).
6- Paipkan pastry mengikut saiz yang digemari diatas dulang yang telah dialas parchment paper.
7- Bakar dalam suhu 190C selama 30 minit.Angkat dan sejukkan.



Bahan Untuk Filling
* 500 ml susu cair(p.Ros guna fresh milk)
* 50 grm gula
* 1/8 sudu teh garam
* 60 grm tepung jagung yang dicampur dgn sedikit air
* 120 grm  cooking chocolate
* 1 sudu butter
* 1/2 sudu teh vanilla
Cara Memasak Filling
1- Panaskan susu garam dan gula dengan api yang kecil hingga bahagian tepinya kelihatan mendidih.
2- Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan kacau adunan hingga bahan kelihatan meletup-meletup.Masukkan pula choclate dan butter.  kacau hingga chocolate larut  dan masukkan vanilla.Kacau hingga semua bahan sebati dan tutupkan api.
3-Sejukkan bahan filling dan simpan didalam peti sejuk..Putar filling choclate dengan hand mixer sebelum digunakan.Siap untuk dimasukkan kedalam pastry yang telah di sejukkan tadi.

4- Potong bahagian tengah eclair dan masukkan filling . Drizzle permukaan eclair dgn cooking choclate yang telah dimasak secara double boiler atau masukkan kedalam microwave selama beberapa saat.
Boleh dimasukkan kedalam peti ais sebelum dihidangkan jika suka.


                                                      happy cooking

9 comments:

  1. Kak cayang cantik sungguh sangat geram yang lagi germ tu sebab ada hollow tu kita 1st time buat tak menjadi terus majuk
    salam maulidur rasul buat akak n family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mimi.Biasanya kak ros buat pun tak berapa hollow,tapi yang ni alhamdulillah.Semuga Allah memberkati apa saja yang kita lakukan ya.

      Delete
  2. Slmt Menyambut Maulidur Rasul buat k.Ros. eclair....yummm apatah lagi penuh coklat mcm k.Ros buat ni.tuna hornpun nampak menarik....sesuai buat minum ptg.

    ReplyDelete
  3. Mamasya dua-dua pun sedap.Buat dua-dua sekali la untuk minum petang esok ya..hehhe

    ReplyDelete
  4. Assalam kak ros,
    sla mulidur rasul buat akak & family..
    choc eclair ni kita dah lama tak buat..anak bujang kita pun suka ni..
    kalau intinya cream coklat lagi sedap kan kak ros..slurpss..kita dulu buat inti cream cheese pun sedap juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ayu..rasanya inti apa pun sedapkan..simpan dalam peti ais lagi sedap kan ayu?

      Delete
  5. salam maulidur rasul...wa rajinnyer dia....kalau menda kecik2 cam nie lambat sket la nak buat hehehe musti sedap adehhh tergoda lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maz salam.Eclair ni suka kita nak buat besar mana.besar ke kecik ke.Biasanya 1 adunan boleh dapat dalam 35 biji.Kalau buat kecik lagi la banyak.

      Delete
  6. Salam..Kuih yang makin popular sekarang dan dah lama saya teringin nak membuatnya tapi tak sampai2 serunya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info