Puding Roti Koko


Salam malam untuk semua .Puding roti koko dibuat untuk minum petang tadi.Taburan lapisan koko yang mengingatkan kita pada kek alunan kasih yang sangat famous satu ketika dulu.Saja2 koko ditabur sebab tak ada apa2 bahan lain yang ada kat dapur.So sebab tak nak puding kosong yang tak ada walau sebiji kismis atau taburan badam,maka koko digunakan untuk menambah perisa.P.Ros tak berani taburkan banyak sangat koko sebab tak tahu macamana rasanya nanti.Tapi kalau buat lagi lain kali boleh ditabur lebih sikit sebab kokonya tak terasa sangat untuk resepi hari ni.Jom tengok resepi.

Bahan-bahannya
* 8 keping roti (jangan dipotong tepinya)
* 2 1/2 cawan susu segar
* 200 grm gula
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (tak payah masuk jika tak suka)
* serbuk koko secukupnya untuk ditabur
*Secubit garam
* Sedikit butter

Cara memasak
1- Setiap keping roti dipotong 2
2- Dalam mangkuk masukkan susu,gula telur,garam dan cinnamon.Kacau bahan hingga gula hancur dan ketepikan.
3- Ambil loaf pan dan sapukan butter disekelilingnya.Aturkan 4 keping roti didalamnya.Taburkan serbuk koko mengunakan penapis kopi/teh menutupi permukaan semua roti.
4- Susun 4 keping lagi roti diatas lapisan koko tadi dan ulang proses hingga roti habis.Jangan ditabur serbuk koko pada lapisan terakhir roti.
6- Curah bahan susu yang di pukul tadi kedalam lapisan roti.ketepikan selama 20 minit.(Setelah 10 minit roti direndam tekan bahagian atas roti dengan sudu supaya lebih banyak bahan susu akan menyerap pada bahagian atas lapisan roti.
7-Panaskan Oven dengan kepanasan 170C dan bakar puding roti selam 45 minit atau bahagan atasnya nampak garing.
8- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
                                                                happy cooking

Comments

  1. berlapis2 lg puding kk ros..sure lazat hingga menjilat jair nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ida, bila terlebih rajin dan kekurangan barang inila hasilnya and not bad kan???

      Delete
  2. errmm...dapat dirasakan keenakan coklat dalam puding ni.... boleh cuba nanti... good idea !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CK, boleh tebalkan sikit lapisan koko tu kalau nak rasa koko yang sedap.

      Delete
  3. Replies
    1. Salam IeRa.Thanku u sudi singgah dapur Kak Ros.Kak ros pun dah melawat dapur IeRA.Nanti visit lagi ya.

      Delete
  4. kak ros..wahhh rajinnya melapis...ni kalau ganti koko dgn milo pun o,k ni jugak kak..nak tabur tebal pun tak pe sebab tak pahit..hehehhe

    ReplyDelete
  5. Q...boleh le diambil tempahan jika suka kan.Kak Ros rasa resepi ni elok kalau dibuat untk majlis2 keramaian sebab prosesnya agak mudah.

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum kak Ros..
    Kak cantik bila ada line antara lapisan tu.. Kalau Naz gantikan dgn jam ker pun boleh jugak kot.. nanti nampak lapisan tu ada kaler jem tukan..

    Pau akak kat bawah tu, gebus sungguh dan putih melepak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz ,why not 1 idea yang bgus..dapat puding kaler maler kan????

      Delete
  7. kak ros, sbnrnya semalam dah nk gitau ni...akak lupa kot masukkan ktt gula... saya dah buat, agak2 sendiri je tang tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue Tq very much sebab bagitahu kak ros.Kak ros masukkan 200grm gula hari tu.Dah buat???suka tak???

      Delete
  8. tersusun rapi puding roti puan ros nih...susunan lebih kurang buat tiramisu...kena try nehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luarnya nampak tak brapa cantik sebab P.Ros kurang sabar nak keluarkan nya dari bekas sebelum sejuk.Nasib baik lepas potong pudding tu cantik berbelang.Resepi yang senang dan sedap untuk minum petang ni Bit.

      Delete
  9. As'salam Puan Ros

    maaflah lama sungguh ct tak singgah blog Puan Ros.sibuk sikit jer..hehehe

    menu yang simple, tambah sedap ada gandinggan koko disetiap lapisan, insya'Allah jika ada kelapangan nak juga mencuba ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita CT.Kak Ros pun dah tak banyak buat lawatan sebab sibuk kat tadika.Sila cuba ya.

      Delete
  10. WOW...looks super tempting ni kak! Mesti Love habiskan in no time! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts