Solok Lada Goreng

Salam. Solok adalah salah 1 makanan yang amat P.Ros suka.Dimakan pula dengan nasi kerabu...pergh...tapi kat sini susah nak dapat cili hijau muda macam kat kelantan. Asal jumpa P.Ros pasti beli dan resepinya tentu la solok lada.
Hari ni saja cuba tukar cara memasak solok ni.Biasanya solok mengunakan ikan,tapi kali ni P.Ros gunakan udang dan digoreng(kalau tak silap pernah tengok rahel buat solok yang digoreng).Walau pun cara memasak dan bahannya ditukar rasanya tetap sedap.Sungguh enak diratah begitu saja.

Solok Lada Goreng
Resepi:P.Ros @sinaranmenu
Bahan-bahannya
* 10 biji cili hijau muda
* 100 grm kelapa parut
* 12 ekor udang sederhana besar dibuang kulitnya
* 2 biji telur
* 4 ulas bawang merah
* 1 inci halia
* Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1- Cili di basuh bersih . Belah ditengah jangan sampai putus dan keluarkan bijinya.
2- Cuci bersih udang dan dibuang kulitnya.
3- Kelapa parut,udang,bawang,halia dan garam+gula dan telur dimesin bersama dalam food processor.(Boleh juga di tumbuk dan digaul telur selepas itu).
4- Masukkan bahan yang dimesin tadi kedalam lada yang telah dibelah tadi.Buat sampai siap dan simpan didalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
5- Panaskan minyak dan goreng solok hingga kelihatan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
Nota: bahan inti ada lebih dan P.Ros gorengkan begitu saja.Dapat 4 biji.Tak cukup la pulak,nak kena buat lagi.
                                                     happy cooking






Comments

  1. Kak sihat aje! Kak tak pernah makan solok lada, nampak sedap lebih2 lagi letak udang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak.Solok lada kalau orn pantai timur suka la sangat.! biji solok 2 kali gigit je kak..suami ros yang berbansa cina ni pun suka sangat solol lada,

      Delete
  2. adehh puan ros...ni kegemaran nih! selalu jumpa kat pasar malam jek hehehehe tapi tang goreng-goreng tu belum pernah test lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Bit..tu la kalau kak pasar malam dia buat dgn cili hijau tua.Solok asli kat kelantan cili hijau muda.Hari tu P.Ros pergi Hero dan jumpa cili hijau muda.Terus beli dan ini la kejadiannya.

      Delete
  3. Selamat pagi Puan Ros..
    bole k gue join makan2 solok lada tu? hihihi..memang sedap dikunyah-kunyah kan?

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak ros...saya pun suka solok..lamanya tak buat..versi kak ros ni nampak best sgt...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..bagusss idea solok goreng ni..saya pun suka solok...macam nak cuba juga ni....

    ReplyDelete
  6. sedapnyer solok lada!!!! tun xpernah buat sendiri. mmg kalau lawan ngan nasi kerabu kompom berebut2 mkn nih.

    ReplyDelete
  7. Assalam kak ros, nampak menarik recipe solok lada goreng ni
    ada udang dalam tu pasti sedap ni kan kak..kalau kita nak cuba guna lada jalapeno yang besar sikit tu pun ok kan kak..ok masuk list lagi..

    ReplyDelete
  8. mas pun suka solok lada...
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  9. salam kak ros....perggghhh terliur den tgk...kat sini susah nk dapat lada solok tu,selalu balik kelate br ada, kalau buat ngn lada hijau biasa tu Liza xsuka la pulak..buat masa ni telan air liur jer la...hihihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dia kan liza.Kat sini susah nak dapat lada tu...sedih betu.Kalau bulan puasa selalu kempunan. kak Ros geram betul kadang2 yang jual kat pasar malam tu,dah la ladanya hijau pekat,inti pula buat manis macam makan kueh...he...geram betul!

      Delete
  10. aslmkum kakros.. solok lada ni mmg fav.. saya suka ratah2 gitu jer.. nak kene cuba jugak ni versi goreng.. CP rspi dulu yer.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dzana,Kak ros pun suka ratah-ratah.Kalau ikutkan rasanya versi goreng ni lebig best diratah tau.

      Delete
  11. eeeeeeeeeeeeeeeeeee.....susah betul nak komen kat blog kak ros ni. kalau kat rumah memang mampu nengok aje... huuuuuuu


    ni pestaim dengar solok lada goreng... mesti sedap kan kak...
    kadang2 kita ni dah selalu makan lada kelantan tu, kalau buat guna lada biasa memang terasa sangat lainnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Sue..ya ke susah nak komen??napa ya??kak Ros dah agak mesti ada yang tak kena dengan tempat post a coment tu...apa kak ros nak buat ya???
      Anyway solok lada ni memang sedap cheq sue..mesti kena buat..kalau tak meleleh la air liur...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts