Tea Biscuit


Salam cuti.Wah lama2 cuti tak tahu nak masak apa untuk bekpes....Hari kerja paling best...seluruh isi rumah skip breakfast dan pandai2 le menjaga perut masing2kan.
Breakfast yang simple untuk pagi ni dan tepung gandum yang ada pun ngam2 je untuk resepi ni. Sebenarnya resepinya lebih kurang sama dgn resepi mini butter scone. Cuma tak ada yogurt dan P.Ros gantikan susu + cuka makan.dan gunakan penerap biscuit bentuk love since love is in the air (ahakkss)...Terapannya juga agak nipis...elok dibuat tebal sikit supaya senang nak memotong bahagian tengahnya.Apa pun jika dimakan waktu masih panas potongannya tetap cantik.Dan memang sedap dimakan bersama butter.
Bahan-bahannya
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/3 cawan gula(boleh dikurangkan)
* 200 grm butter sejuk
* 1/2 cawan yogurt (P.ros ganti dgn 1 mangkuk kecil susu segar + 3 sudu kecil cuka makan)
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 biji telur gred b atau c
* 1/2 cawan gandum untuk digukan masa menguli dan menerap



Cara-caranya
1- Dalam mangkuk campurkan gandum,gula dan serbuk penaik.Gaul rata dan buat lubang ditengah.
2-Parut butter sejuk dalam lubang campuran gamdum dan gaul gamdum dgn butter menggunakan hujung jari menjadi seperti serbuk roti.
3- Pukul yogurt dengan telur hingga sedikit kembang dan gebu.
4-Campurkan bancuhan yogurt kedalam adunan gandum dan uli adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.Gunakan gandum didalam cawan tadi sekiranya perlu
5- Tabur gandum diatas papan canai dan canai adunan  dan terap dgn acuan bulat yang tak terlalu besar.
6- Panaskan oven pada kepanasan 180C dan bakar scones dalam 20 minit hingga bahagian atas agak garing.
7- Angkat dan hidang bersama butter dan jam semasa panas-panas. Sedap....

                                                     happy cooking

Comments

  1. wah, cam senang je ni kak ros, nampak pun sedap aje... nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sue..memang senang cuba ya.nanti sound kat Kak Ros sue suka ke tak.

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Ros,

    wah sedap nie tengah stress2 dpt rasa biskut akak tu ilang stress kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nur..mai ambik,ada lagi ni..petang ni buat teh sendiri dan makan dgn biscuit ni ya.Grenti stress hilang...

      Delete
  3. Salam ros. Ai lap yu... Hehe makan biskut cinta ni ros..

    ReplyDelete
  4. Bundo..lap u tooo....cinta kepada Allah dan cinta sesama food blogger...yu....

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..wahhh nampak agak ringan sarapan pagi ni tapi pasti syok kan abiskan berkeping2 bersama kopi/teh panas...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak...
    Comel ler biscuit tu akak....nampak sedap sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,tepi2nya yang garing tu memang sedap.Mesti makan masa panas.

      Delete
  7. Lovely..akak baru aje bake 1 adunan today..tapi over bake dah jadi macam pastry puff...nanti akak buat N3nya...kenape ekk...tangan akak ni selalu over baked

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paty,Ros suka sangat scone,tapi mesti nak makan masa panas2 kan???

      Delete
  8. as-salam kak ROS
    CANTIKNYE BISCUIT..BLH BUAT B/F...NPK SEDAP..

    ReplyDelete
  9. Cute looking cookies...perfect for teabreak :)

    ReplyDelete
  10. aslmkum k ros..nmpk sedap kak.. mkn dgn butter mmg best ni..

    ReplyDelete
  11. Makan sambil tgk tv sedap ni...kan kak rose

    ReplyDelete
  12. so cute. kat umah ni nak buat bekpes kena yang berat2. kalau buat cam gini tak kenyang katanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts