Ikan Goreng Santan
Salam untuk teman2 semua. Masakan yang simple.untuk dinner semalam.Cuma ikan goreng.Tapi campuran potongan daun kunyit membuatkan rasanya lebih sedap sampai mengadap nasi 2 pinggan.Tapi ini versi tak pedas sebab ikan adalah lauk kegemaran little laling dan ianya dimasak khas untuk dia hari ni.Kalau ada yang sudi mencuba pastikan ianya lebih pedas.For sure akan terancam dan makan nasi berpingan-pingan.
Bahan-bahannya
* 4 ekor ikan kembong
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1inci halia
* 1 batang serai
* 2 sudu cili giling + 1 biji cili hijau(tukarkan dengan cili padi ya,pasti lagi sedap)
* minyak masak secukupnya
* 2 helai daun kunyit
* Garam , gula secukup rasa + 1 keping asam keping
* Potongan bawang besar dan cili besar secukupnya
Cara memasak
1- Ikan yang telah dicuci bersih digaul bersama garam dan serbuk kunyit.Goreng hingga sedikit garing dan ketepikan.
2- Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Gunakan separuh dari minyak mengoreng ikan tadi untuk menumis bahan yang telah dikisar tadi hingga garing dan terbit bau. Pastikan bahan tumisan digoreng hingga pecah minyak.
3- Apabila bahan yang digoreng telah garing dan pecah minyak,masukkan pula santan pekat dan dikacau rata. Masak santan seketika dan masukkan bahan-bahan perasa secukup rasa.
4- Apabila santan telah mendidih dan agak pekat masukkan ikan diikuti dengan sekeping potongan daun kunyit.Masak ikan dan kuah hingga mesra dan pekat.
5-Masukkan pula potongan bawang besar dan cili besar.kacau hingga mesra dan siap untuk diangkat.
6- Taburkan potongan daun kunyit yang kedua semasa menghidang. Makan bersama nasi panas.
happy cooking

sedapnya kak..saya suka makan ikan kuah2 cili cam gini..kalau rajin...suka jugak taruk santan macam akak ni...:)
ReplyDeleteQ..memang sedap dan menyediakannya pun senang.
Deleteseakan macam rendang ikan ye..
ReplyDeleteHai norlie,warnanya macam kuah percik dan rasanya memang ada rasa rendang sebab daun kunyit tu...
DeleteSalam Puan Rose...sometime simplicity is always the best..suka lauk2 macam ni...laju aje anak tekak
ReplyDeleteBetul kak..Ros pun makan nasi 2 pinggan kot....eee....
DeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeleteikan goreng bersantan nie nampak sedap... nie makan ngan nasi putih panas mmg sesuai nie kan akak..
Hai Di,memang sedap.Buat ratah pun sedap.Kalau dgn nasi kena la masak nasi lebih sikit.
DeleteAssallamualaikum kak Rose..
ReplyDeleteNi macam percik ikan dah ni kan kak.. Sedapppp.. tgk gambar jer dah tau mesti enak!..
Salam Naz,lebih kurang percik..tapi sebab ada daun kunyit rasanya lebih pada rendang.
Deletesedapnya kak ros,Hana suka makan ikan ye,sabrina tu ikut mood dia .sekarang ni tak mau makan nasi
ReplyDeleteSalam mimi, hana love fish sebab dia tak makan daging.Dia phobia tengok lembu korban 2 tahun lepas.Sekarang ayam pun dia makan yang isinya warna putih je...dah nak jadi vegetarian pulak dia..
DeleteLapo la pulak...ya kan dah time lunch...leh join kak rose makan ke..he he..sedapnya..:)
ReplyDeleteCik cek nampak tak ikan separuh dalam periuk tu???kak ros hentam sebelum masuk pinggan dan diambil gambar..hehehe..tgak tahan nak tunggu masa makan!
Delete