Pau Cotet Inti Sardin

Salam hari minggu.Pau cotet????Ada ke...saja aja tu.Pagi ni bila bangun terasa pula nak buat pau.Tapi sebenarnya kita Phobia pasal buat pau ni.kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tak. tapi resepi dibawah ni memang menghasilkan pau yang lembut sangat.How I wish ianya kelihatan seputih yang dijual kat kedai tu!!!!!
Semasa menguli pau kita dah boleh rasa kelembutannya.Dan selepas dimasukkan inti dan digentel kita putar aja bahagian atasnya.Sayang pulak nak letakkan nya atas kertas so kita letakkan ia menjadi bahagian atas.Maka dapat la cotetnya diatas pau tu.Jom tengok resepi. 
Resepi:P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 250 grm tepung gandum
* 120ml air suam
* 1/2 sudu besar yis mauripan
* 1/2 sudu besar gula
* 50 grm shortening
* 1/2 sudu besar double action baking powder
* 1/4 sudu garam

Cara membuat kulit Pau
1- Campurkan air, gula dan yis kacau sedikit dan ketepikan hingga naik buih
2- Dalam mangkuk masukkan tepung gandum,garam dan dounle action baking powder.Kacau rata.
3- Masukkan bancuhan yis kedalam gandum dan gaul hingga tepung dan air menjadi melekit dan masukan pula shortening,Uli adunan hingga kembang dan sedikit lembut dan licin.Bila adunan kelihatan lembut dan licin tutup mangkuk dgn tuala dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Cara memasak sardin
1- 2 keping kecil sardin
2- 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1 tangkai daun bawang,sedkit cili merah dan 1 sudu kecil rempah kari
Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih dan masukkan rempah kari dan kacau.Masukkan pula sardin yang telah dilecek dan kacau sebentar. Masukkan  potongan bawang merah,daun bawang dan cili.Masak hingga air kering dgn api sederhana.
3- Tambahkan sedikit garam dan gula,angkat dan sejukkan.
Cara membuat Pau
1- Keluarkan adunan yang telah naik sekali ganda tadi dan tumbuk2 sedikit.Buat bebola bulat dgn berat lebih kurang 25grm P.Ros dapat 15 biji bebola) dan biarkan sebentar.
2- Leperkan bebola tadi dan masukkan lebih kurang 1 sudu kecil sardin dan letak pau atas sekeping kertas parchment yang dah dipotong bulat.
3- Panaskan air dalam kukusan dan kukus pau selama 8 minit.

                                                         happy cooking 

Comments

  1. Ros,, pau cotet hee hee,, nk tergelak K1 dibuatnya.. x kisahlah asal sedap,, nama2 kuih kat klate lgi dasyat..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak ros...saya suka pau...berketul2 boleh makan..hehhehe

    ReplyDelete
  3. Lama sgt dah tak buat pau...berhajat tapi tak bape nak rajin...mintk sektul dua la kat Kak Rose...:)

    ReplyDelete
  4. Kak1 teruk kan Ros...suka2 je buat pencemaran nama pau tu...heeheehe

    ReplyDelete
  5. Q..Pau ni senang .ringkas ,gebu dan lembut.Sampai petang pun masih lembut.

    ReplyDelete
  6. Cik cek..ada lagi seketul.jemput ambil..cepat2 nanti tak dapat.

    ReplyDelete
  7. pau cotet ni kena makan 3, 4 bijik ros haha..

    ReplyDelete
  8. hehe.. mula2 baca nama tajuk nak tersenyum lak. nama nye pau cotetkan. suke resepi sikit2 mcm ni. sesuai untuk isi rumah y tak berapa ramai ni. geram pulak tengok pau kak ros ni, nasib baik baru makan pau. ehhehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Ros..wahhhh akhir2 ni banyak betul kuih2 yang keluar kat dapur ni..Rajin betul akak...Kalau macam ni nak cepat2lah pindah ke sebelah rumah Kak Ros, agak2 ada rumah kosong tak sana....

    ReplyDelete
  10. Salam Izah ,kalau ada 4 5 org dalam family resepi ni memang sesuai dan cukup la untuk semua orang.Pau cotet....molek tak namanya????

    ReplyDelete
  11. Sue...asyik masak sebab cuti sekolah ni..lepas ni mula la bussy semula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts