Kek Pisang Chocolate


Salam untuk semua.Kek pisang yang dimasak dalam perahu kertas.Mana la dapat perahu kertas ni ya? mana lagi kalau bukan Daiso.Ini lah satu-satunya kedai yang anak2 dara kita kalau boleh tak bagi kita masuk,sebab kalau dah masuk entah apa2 yang kita angkut dan bayar.First time tengok baking tray kertas ni,hati terus berkenan (ada 2 dlm 1 bungkusan).Tengok gambar makanan yang dia masak dalam tu cantik je..so kita pun apa lagi...mestila nak cuba.Kebetulan la pulak pisang yang dibeli untuk buat popia pisang untuk anak buah yang datang bercuti masih kat atas meja sampai laling dah sound. Kulit popia lupa beli so apa lagi kita pun buat projet kek pisang sebab nak try guna bekas ni.Rupa2nya ini la jadinya bila dah masak.Tak pe la janji kek tu sedap dimakan.Kek ni lebih sedap dimakan setelah disejukkn beberapa jam.

Bahan-bahannya
* 200 grm tepung kek
* 1 sudu kecil double action baking powder
* 150 grm gula
* 200grm butter
* 5 biji telur
* 4 biji pisang 
* 1/4 sudu kecil garam
* 1 sudu besar cofee emulco
* 100 grm chocolate chips
Cara memasak
1- Dalam mangkuk,campurkan tepung kek,baking powder dan garam
2- Pukul butter dan gula hingga kembang dan lembut dan masukkan telur sebiji-sebiji.Masukkan pula coffee emulco dan pisang yang telah dilenyek.
3- Masukkan campuran tepung kek dan kacau hingga semua bahan rata.Masukkan pula separuh dari chocolate chips dan digaul sebati.Masukkan adunan kek dalam loyang dan tabur lebihan chocolate chips keatasnya.
4- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dgn shu 180C selama lebih kurang 35 minit atau bahagian atas kek keperangan dan gunakan penyucuk satay untuk pastikan kek masak rata.

                                                            happy cooking

Comments

  1. Selamat pagi Puan Ros,
    kami satu family suka sangatlah makan kekpisang chocolate....selalu buat tapi kukus je.

    ReplyDelete
  2. GORGEOUSNYA cake ini...semua bahan nampak ada dalam stok...bolehlah saya try..hujung minggu ni...SELAMAT PAGI ROSE...thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Morning kak paty,resepi simple je.Main taruk apa yang ada kat dapur tu dan ini la kejadiannya.

    ReplyDelete
  4. salam kak ros...Liza mmg suka apa2 kuih yg guna pisang...bila tgk kek pisang akak ni, nmpk gebu n moistnya kek tu....nak sepiring blh? hihihihi

    ReplyDelete
  5. Salam Liza.Ya kek ni agak moist.Mai ambil sepiring.

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak ros.. kat umah pun ada pisang yang dah masak ranum tunggu masa jer nak expired.. idea bagus nih ;))

    ReplyDelete
  7. mieza pun pernah wat kek ni tapi dalam bentuk cup cake dan bw ke pejabat semasa pot luck..mmh licin depa sebat sebab sedappp..mieza campurkan black n white choc chip..sedap kan kak ros..rajin kak ros baking :)

    ReplyDelete
  8. Salam Ros, macam pakat pula kita ni wat kek pisang,, K1 nk perabis stok pisang rupanya wat kek x abis jugak.. nti ada masa cuba yg ros punya pula..wat kecik2

    ReplyDelete
  9. kek pisang yg digemari ramai...kt dlm umah ida mmg laku jer apa2 kek pisang kak ros..sedapnyer

    ReplyDelete
  10. As'salam Kak Rose

    Ni yang buat kaki ct gatal nak ke DAISO ni kak Rose..hehehe. Lama juga tak kesana, nasib baiklah Hubby tu suka juga masuk ke dalam DAISO tu kak. Jadi adalah geng nak memborong. sediakan RM jer banyak2..hehehe

    Kek pisang juga, sama dengan menu ct hari ni ya kak rose, tukar2 selera gitu :)

    ReplyDelete
  11. wah..kakros..tak pernah saya tengok kertas sampan ni.heheeh..memang betul tu kak..saya pun boleh berjam2 duduk kat dlm kedai...mesti ada yg nak dibeli...

    ReplyDelete
  12. Assalam kak ros, sedapnya tengok kek pisang kak ros ni..nampak gebu & moist..
    kertas sampan tu kita ada juga beli dah lama tapi masih belum digunakan lagi..hehe..kalau masuk daiso, selaunya sorang2...hubby sampai talipon, pukul berapa nak keluar dari situ atau nak terus tidur kat situ....haha

    ReplyDelete
  13. as-salam kak ros

    menyelerakan kek pisang ni kak ros..npk moist..sedap ni mkn bersama secawan kopi...

    ReplyDelete
  14. salam kak..sedap nampak kek pisang ni..ade coklat lg, mmg peberet :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih pada semua yang singgah makan kek pisang kat atas tu ya.A million sorry sebab tak jawab komen satu persatu.Agak sibuk siang tadi.Walau apa pun you are all the best!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts