Choc fudge whoopie pie P.Ros buat untuk menggantikan kegagalan berkali2 bila membuat maccaron.Tak tahu mana silapnya si kaki sexy atau skirt beropol tu tetap tak mahu keluar.(Cik Cek dengar la rintihan kita ya).So kita buat resepi ni mengunakan bahan yang sama dan whoopie pie adalah salah satu resepi didalam list yang belum pernah dicuba.Biasanya ianya mengunakan devil choc cake tapi kita olahkan sebab tak nak membazir baki almond yang ada.
dengan membuat resepi ni tak ada la sang2 puteri kat sini kempunan nak makan homemade mac sebab rasanya agak sama.Jom tengok resepi ni ya kawan2.
Bahan-Bahan kulit pie
* 110 grm putih telur
* 130 grm ground almond
* 70 grm caster sugar
* 190 grm gula icing
Cara membuatnya
1- Campurkan gula caster dengan almond dan ayak kedalam mangkuk bersih
2- Whisk puteh telur dengan kelajuan sederhana hingga berbuih dan masukkan gula caster sedikit demi sedikit.Teruskan whisk telur putih dengan kelajuan tinggi hingga telur putih bertanduk dan berkilat.
3- Kaub dan balikkan bahan yang diayak kedalam telur putih dan gunakan spatula untuk mengaul semua bahan hingga sebati(jangan dikacau terlalu lama).
4- Masukkan bahan kedalam piping bag dan paipkan keatas dulang yang di lapik parchment paper. Jarak2 kan sedikit dari satu sama lain.
5-Panaskan oven dengan suhu 150 dan bakar dalam 10 minit atau bahagian bawah dan atasnya kelihatan sedikit kecoklatan.
6- Sejukkan diatas redai.
Bahan Filling
* 200grm cooking chocolate
* 100 ml fresh cream
* 50 grm butter
* 70 grm gula icing
campurkan semua bahan kedalam mangkuk tahan panas dan masak cara double boiler atau masak menggunakan microwave selama beberapa saat keluarkan mangkuk kacau dan masakkan lagi untuk beberapa saat dan sejukkan.(P.Ros gunakan microwave je).
Sejukkan coklat hingga sedikit mengeras dan sesuai untuk dijadikan inti.(boleh diletak dalam peti sejuk sekejap jika mahu).
Ambil sekeping whoopie pei yang telah sejuk dan letakkan 1 sudu kecil filling ditengahnya.Ambil lagi sekeping dan tekan kedua-dua kulit pie.
happy cooking





