Prawn Dumplings




Salam Pagi sabtu untuk semua.
Semalam dah makan nasi briani bersama acar  dan kerutuk ayam, nasi impit serta sambal kacang.So dah 1 hari asyik makan makanan pedas.Pagi ni kita beralih ke masakan china pula.Maskan yang dikukus,penyejuk tekak.
Makanan kegemaran anak2 dan hubby.Prawn dumplings.
Prawn dumpling kalau nak makan yang halal kena la pergi keChinese restoran di hotel-hotel besar baru la dapat yang halal. Kalau tak, kena la buat sendiri kerana dumplings yang dijual dikedai-kedai makan china biasanya tak halal.
Lagi pun buat sendiri boleh makan sampai puas hati.kalau kat Hotel satu tray ada 3 biji dgn harga yang mahal Maka terkulat-kulat la anak-anak makan atau terkulat-kulat la bapanya membayar bil....
Ada kawan-kawan bloger yang bertanya pasal tepung Tang Mei Fun (wheat Starch) yang menjadi bahan asas untuk kulit dumpling ni.Tepung ni boleh didapati dikedai runcit cina.Kebetulan di Putra Heights ni ada kedai runcit cina yang banyak barang-barangnya P.Ros boleh beli bila nak masak masakan cina.
Resepi kulit kali ni memang kena dengan cita rasa dan mudah nak mengulinya,Tak perlu ada tips istimewa pun. Sekali kacau tepung bersama air panas dan uli,terus jadi cantik.
Cuma pesanan P.Ros kalau sapa-sapa nak buat untuk 2 3 orang makan, buat separuh dari adunan ni saja ya, Sebab 1 adunan ni boleh dapat dalam 60 biji.Kalau ada-apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan massage ya. Selamat mencuba.

Bahan Kulit Dumpling
* 300grm tepung Tang Mein (wheat starch)
* 75 grm tepung beras pulut
* 150 grm tepung ubi
* 3/4 sudu kecil garam
* 675 ml air panas mendidih
* 9 sudu makan minyak masak

The Original Recepi from here 
Skin:
300g wheat starch (Tang Mein Fun)
75g glutinous rice flour
150g tapioca flour
3/4 tsp salt
675 ml boiling water
9 tbsp cooking oil

Cara membuat Kulit Dumpling
1- Ayak semua 3 jenis tepung dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam
2- Buat lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuang air panas kedalamnya.kacau dulu mengunakan sudu dan biarkan agar sejuk sedikit.Bila dah boleh pegang uli menjadi doh.
3- Uli doh tadi bersama minyak hingga doh menjadi licin dan cantik
4- Sapukan papan canai dengan tepung ubi dan canai doh menjadi kepingan-kepingan bulat yang nipis .
5- Letakkan sekeping diatas tangan dan masukan 1 sudu inti dan pleat tepi kulit dumpling menjadi bulat (P.Ros letakkan sekeping potongan kecil kubis dibawah dumpling supaya tak melekar dipinggan,boleh juga guna daun salad)
6- Kukus dumpling selama 8 ke 10 minit. Siap untuk dihidang.
7- Sebelum menghidangnya sapukan sedikit minyak bawang putih diatasnya.

  • Sift flours into a mixing bowl and add in salt.
  • Make a well in the centre and pour in boiling water; mix well to form a dough.
  • Gradually work and knead in oil.  
  • Roll dough into a long sausage and cut into small portions.  
  • Lightly dust work surface with tapioca flour; then flatten each piece of dough into thin disc.  
  • Fill with prepared fillings and pleat the edge of the skin tightly to form a dumpling.
  • Steam dumplings under rapid boiling water for about 8 minutes.
  • Brush dumplings with oil.



Bahan Inti (resepi P.Ros )
Bahan-bahannya
* 2 biji carrot sederhana besar disagat halus
* 12 ekor udang besar setiap seekor dipotong 3
* 300 grm minced chicken
* 2 pelepah daun bawang 
* 1/3 bawang besar dipotong halus
* 1 sudu besar minyak bijan (boleh kurangkan jika tak suka)
* 1 keping chicken stock
* 1 sudu kecil gula
* 2 sudu besar tepung jagung
Cara menyediakan inti
Perah kan sedikit air dari carrot.Campur semua bahan kedalam 1 mangkuk dan gaul rata.Pastikan pati ayam hancur dan digaul betul-betul rata dengan bahan lain.Bahan inti sipa untuk digunakan.(Boleh juga disediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.
Minyak bawang putih
Potong halus bawang putih.masukkan dalam 1/3 cawan minyak kedalam mangkuk dan masukkan bawang putih tadi.masak dalam microvawe selama lebih kurang 2 ke 3 minit atau mengikut cara dan kepanasan microvawe masing-masing.
Dumpling ni boleh dihidang dgn sos kegemaran masing-masing.
Puan Ros campurkan Thai cili sos bersama oyster sos dan air panas mendidih. Campur mengikut kepekatan yang disukai ya.

Fillings:
(A)
about 300g yam bean, shredded
a small carrot, shredded
2 cloves garlic
50g dried shrimps, chopped coarsely
salt & pepper
  • Saute garlic and dried shrimps until fragrant.  
  • Add in shredded yam beans and carrot and stir fry until cooked.
  • Add salt and pepper to taste.
  • Set aside to cool.
(B)
350g chinese chives, cut finely
50g dried shrimps
2 cloves garlic
salt & pepper
  • Saute garlic and dried shrimps until fragrant.  Add into chives and season with salt and pepper.


                                                           happy cooking


Comments

  1. Aslmkm KakRos. Selamat Hari Raya Idh Adha utk KRos sekeluarga. Family Along pun suka makan dumpling ni.... nanti kalau rajin boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  2. Hi Roz..agak senang membuatnya dan sedap dimakan.

    ReplyDelete
  3. Alahai Ros ...Nekcik ni memang mngidam semedang dumpling dumpling ni...nnti nekcik nak beli wheat starch..macam sonang jer ye!! bersemangat nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik memang sonang membuatnya.Cepat gi cari tepung tu....Kalau dekat dah tentu kita hantar sepinggan kerumah nekcik.

      Delete
  4. Assallamualaikum kak Ros.
    wah kakkk.. Sungguh rajin akak menerai resepi kaum cina.. Naz pun kekadang terfikir2 apa la rasa dumpling ni bila ternampak makanan ni. Tapi sebab yang selalu nampak tu tak halal, memang tak de lah keinginan nak rasa dumpling ni.. Nak buat pun tak berapa rajin..huhuhuhuu.. Nak rasa seketul lah yg akak buat, boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadz,dumpling memang sedap...kalau ada masa cuba buat.Pasti Nadz suka.

      Delete
  5. slm Kak Ros...
    rajinnya..nmpk sedap la pulak dumpling udang tu..QH nk amik resepi ehh kak..nk try jugak..kalau terajin la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, rajin-rajin kan diri, memang sedap ni.....tak rugi kalau cuba.

      Delete
  6. Ros, very yummy dumpling!...
    I got it already, thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chooking,dapat banyak ni tapi makan sekejap je dah habis.I makan more than 10.

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Ros,
    Nampak menarik ni, tapi macam biasala kita tak pernah makan lagi, agak2 ada tak seketul dua buat saya

    ReplyDelete
  8. This look like chai kueh that earlier you try, this skin better if compare earlier recipe you try? I wanna to try out the skin recipe .

    ReplyDelete
  9. Yes Sonia..this is better...the water ratio and the flour really produced a wonderful texture.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts