Mereka yang sudi.......

Tuesday, October 23, 2012

Puding French Loaf



Salam untuk semua. Dah makan malam???Atau ada yang dah mula packing untuk balik kampung nak sambut hari raya aidiladha kan?? Kami sekeluarga beraya disini je tahun ni.
Sekarang ni musim hujan kan???petang-petang yang sejuk ni perut terasa lapar dan mulut teringin nak makan sesuatu yang manis.
Bila masuk kedapur nampak french loaf yang masih ada 1/2 batang.Biasanya french loaf dibakar bertopingkan tuna ,chicken meat loaf atau minced beef dan cheese untuk sarapan.Kali ni dibuat puding je, cepat dan sedap.
Almond nib yang ditabur diatasnya dibakar garing dan tepi french loaf juga garing dan rangup.Memang yumm..yum... dipetang yang redup dan sejuk.Pekena dengan kopi panas .Jemput semua.....

Bahan-bahan
* 1/2 batang french loaf dipotong bulat sebanyak 13 keping
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur gred B
* secubit garam
* segengam Almond nib
Cara-caranya
1- Sapukan sedikit butter pada setiap potongan french loaf dan atur dalam dulang tahan panas.
2- Dalam mangkuk, campurkan susu,telur,gula dan garam.Pukul sekejap hingga semua bahan sebati.
3- Curah bancuhan susu tadi kedalam mangkuk yang berisi french loaf.Tekan-tekan sedikit biar susu menyerap pada semua bahagian roti tadi.Biarkan terendam dan roti menjadi lembut selama 20 minit. Tabur almong nib dipermukaan puding sebelum dibakar.
4- Panaskan oven dgn kepanasan 200 C hingga puding kuning keperangan dipermukaanya.Puding akan menggelembung bila sudah masak dan akan menjadi leper semula bila dikeluarkan dari oven.


                                                              happy cooking

1 comment:

  1. Selamat malam kak ros, wah banyaknya resepi sedap2 yang saya dah miss dkt sini...fuhh rugih!!! Ada pudding versi french pulak tu, like4x : )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info