Mereka yang sudi.......

Wednesday, October 10, 2012

Kari Ikan

 Salam untuk semua.Dah makan malam???Hari ni P.Ros masak kari ikan kembong yang simple saja untuk makan malam. 2 3 hari ni asyik kehulu kehilir untuk menyediakan barang-barang untuk concert tadika yang akan diadakan tak lama lagi.Bila dah 1 hari kesana-sini,balik rumah biasanya memang terasa malas nak memasak kalau memasak pun main capai aje apa yang ada didapur.
Walau pun hidangan makan malam yang simple,hanya kari ikan,goreng bayam dan papodam tapi kami semua cukup berselera. Mungkin sebab airtangan ibu dan isteri,makanya walau sesimple mana pun anak2 dan suami tetap suka dan kata sedap.
Bahan-bahannya
* 6 ekor ikan kembong sederhana besar dibasuh bersih
*  1/2 biji bawang besar dihiris nipis
* 2 ulas bawang putih dihiris halus
* sedikit daun kari
* 1 paket rempah kari Babas
* 2 sudu serbuk cili
* 8 biji bendi
*  1 biji tomato
*  1  atau 2 biji cili merah dibelah 2
*  bunga lawang dan kayu manis
* 100 ml santan kotak
* 2 cawan air
Cara Memasak
1- Panaskan sedikit minyak masak,Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis kacau sebentar dan masukkan bawang  dan tumis bawang hingga layu.
2- Bancuh rempah kari dan serbuk cili bersama sedikit air dan masukkan kedalam tumisan bawang tadi.Goreng hingga rempah garing dan masukkan pula daun kari dan kacau rempah hingga masak.
3- Tuang 2 cawan air  dan biarkan hingga kuah mendidih.Masukkan 1/2 keping serbuk pati ayam,sedikit garam dan paste asam jawa. Kacau hingga kuah betul2 mendidih.Masukkan pula buah tomato yang dibelah 4.
4- Masukkan ikan kedalam periuk dan biarkan ikan mendidih sebentar.Masukkan pula santan dan biar kuah mendidih dan agak pekat.
5- Masukkan pula bendi dan cili.Masak kari hingga agak pecah minyak.Tambah apa yang patut mengikut cita rasa masing-masing.

                                                                     happy cooking

13 comments:

  1. sedapnya...

    ape saje yg dikarikan...mesti sedap sje pd QH..nyum2

    ReplyDelete
  2. kalau dapat kari kak ros ni, bendi tu yang saya ngap dulu... :)

    ReplyDelete
  3. sedap je tengok menu sis ni,,sy suka follow blog sis ni,,kdg jd rujukan gak,,sudi2 la sis singgah bloh i ye,,tq..

    ReplyDelete
  4. Wah,you cook ikan and i cook ayam, kita tukar makan la...

    ReplyDelete
  5. As'salam Puan Ros, dalam kesibukkan di tadika tu masih sempat menghidangkan juadah yang sangat sedap untuk keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Ros,
    Ni dia peminat tegar kari dah mai dah, hehehe. Saya sekeluarga kalau bagi kari hari2 pun takpa. Kena pulak digandingkan dengan ikan goreng ngan papadom, ayoyooooo amaaaa.....

    ReplyDelete
  7. Liza dah lama xmasak kari kembong cmni...ssh nk jmpa kembong yg besar2 sikit, biasa jumpa yg tecikkk je...hihihii
    ingat kat arwah ma bila tgk kari kmbong kak ros ni...

    ReplyDelete
  8. Selamat tengahari kak ros, ngam betul makan kari ikan ni buat lunch, siram kuah banyak2 atas nasi mesti mertua lalu pun x nampak,hehehe...

    ReplyDelete
  9. Masak kari memamng membuka selera kak Ros....

    ReplyDelete
  10. bundo memang suka lauk kari. sedappp..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info