Pau Sardin


Salam sabtu untuk semua.Hari sabtu agak rileks sedikit kan???Tapi bagi P.Ros setiap hari adalah sama.Hari bermula diruang dapur subuh-subuh lagi.
Hari ni subuh-subuh bangun siapkan chocolate marshmallow lolypop untuk little laling bawa ke b-day party kawannya.
Siap chocolate marshmallow mulakan project membuat pau sardine untuk sarapan sebab lepas tu nak keopis pulak!Sigh....
Anyway kali ni P.Ros gunakan HongKong flour untuk pau hari ni.Lebihan Hongkong flour yang dibeli untuk buat moon cake beberapa minggu lepas,takkan nak disimpan untuk mooncake festival tahun depan kan??????Orang kedai kek cakap guna la untuk buat pau.So maka menjadi la pau yang begitu gebu dan putih melepak hari ni.Jemput la ya menjamu mata dengan pau ni.

Bahan kulit pau
* 500grm Hong Kong flour
* 230ml air suam
* 1/2 paket yis mauripan
* 2 sudu kecil double action baking powder
* 100 grm gula halus
* 50 grm shortening
Cara-caranya
1- Campur yis dan air suam dan biarkan selama 10 minit
2- Campur semua bahan lain kedalam 1 mangkuk besar dan tuangkan bancuhan yis tadi.Uli hingga menjadi doh lembut.Tambah tepung semasa menguli sekiranya adunan terlalu lembik.
3-Tutup mangkuk adunan dengan tuala dan biarkan selama 30 minit atau adunan mengembang sekali ganda.
4- Selepas 30 minit, tumbuk sedikit doh yang telah kembang tadi dan jadikan 22 biji bebola kechil.
5- Biarkan bebola tadi mengembang didalam tray selama lagi 10 ke 15 minit.
6- Setelah 15 minit ambil sebiji bebola tepung tadi dan leperkan diatas tapak tangan.Masukkan 1 sudu kecil penuh inti dan tutup doh pau dengan kemas.
7- Letakkan pau tadi diatas sekeping mangkuk cupcake yang dibuka leper. Buat sampai habis dan kukus selama 10 minit.
Bahan-bahan untuk inti sardin
* 3 keping sardin besar
* 2 sudu besar rempah kari
* 1/2 biji bawang besar
* 1 batang daun bawang
* 2 ulas bawang putih
* Garam gula secukup rasa
cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak,tumis kedua-dua jenis bawang tadi.Masukkan rempah kari dan kacau sebati.
2- Masukkan sardin yang telah dihancurkan dan goreng hingga sardin masak.Masukkan daun bawang dan bahan perasa.kacau sebentar, angkat dan sejukkan sebelum digunakan.  


                                                              happy cooking


Comments

  1. Salam kenal dan follow sini.
    Belum pernah buat pau selalu beli aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Norzie,Dulu kak ros pun sama selalu beli.Sekarang tak lagi.Sila cuba ya.

      Delete
  2. Ermmm gebus sungguh pau puan Ros :D.. Mekasih kongsi resepi ek D5 mmg nk blaja buat pau yg gebus camnie ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts