Mereka yang sudi.......

Friday, October 26, 2012

Cream Puff Angsa




 Salam Aidil Adha untuk semua yang membaca N3 hari ni ya.
Kami menyambutnya secara sederhana aje sebab tak balik kampung.Biasanya kalau buat korban baru kami balik beraya dikampung.Tahun ni tak ada korban maka raya kat sini je.
Juadah hari raya  pun simple je.Nasi briani berlaukkan kerutuk daging dan acar timun.Untuk desertnya pulak Puan Ros sediakan creampuff angsa.
Dah lama berangan nak buat ni sejak mula2 Kak1 tunjuk dulu.dan 2 hari lepas nampak kat blog Ita Masam-manis. Terima kasih Ita.Tapi angsa Kak Ros tak secantik dan sejinjang leher angsa Ita.
Kebetulan semalam pergi Mydin beli 3 packet durian,terus buat kastard durian dan hari ni main masak-masak dgn little laling  dengan membuat creampuff angsa ni.
Resepi puff di copy n paste dari blog ita.Tapi cream durian tu resepi sendiri.Boleh tengok kat bawah ya.

 Resepi di Copy paste dari blog  masam manis.
SWANS CREAM PUFF
By:   Barbara Bakers

Puff Pastry
1/2 cawan butter tanpa garam ~ 115 gm
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula ~ ita letak secubit gula jika tak suka puff manis jangan letak gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ~ A saiz satu biji telur anggaran 60 gm

Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati
Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

 Angsa didalam peti ais menunggu sesiapa yang sudi menjamahnya..tak ada korban lembu maka kita korban angsa ya..

Custard Durian
 Bahan-bahannya
* 2 cawan susu segar
* 4 sudu besar penuh tepung kastard
*6 sudu besar gula halus
* 200 grm isi durian
* secubit garam
* sedikit vanila jika suka

Cara memasak
1- Satukan gula dan susu didalam periuk dan masak atas api sederhana.
2- Bancuh tepung kastard bersama sedikit air dan tapiskan kedalam bancuhan susu tadi.
3- Kacau bahan hingga hampir mendidih dan masukkan isi durian yang dah dilenyek halus.
4- Kacau bahan hingga sebati.Masukkan sedikit garam.Kacau lagi, jangan sampai berkerak.Masak adunan hingga meletup-letup. Bila kastard dah betul-betul masak.Tutup api.Masukkan castard dalam mangkuk dan tutup dengan plastic cling.Biar sejuk sebentar dan masukkan kedalam peti ais.Kastard yang sejuk (chilled) lebih sedap untuk digunakan.

                                                       happy cooking

15 comments:

  1. Wah! Puff angsa dah sampai rumah Kak Ros! Kak... kira jadilah tu kak, daripada saya ni yang tak reti nak buat he he he hhh selamat menyambut eidul adha buat kak Ros sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie..aa--sampai juga angsa tu berjalan kerumah kak Ros..hihihi

      Delete
  2. Salam Amie.Tu la dia tak dapat lembu..dapat tangkap angsa pulak.Selamat Hari Rya Amie.

    ReplyDelete
  3. MASYAALLAH BERSENINYA KOME KOME NI YE..ya ampuun..Nekcik tak dayolah nak berseni sebegini weii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha nekcik.Berseni tak la juga, tapi main-masak-masak dengan si kecik ni kat dapur.Ada yang menolong(sepahkan sebenasrnya)...hihihi..rajin la kita membuatnya.

      Delete
  4. Woo..cantiknya angsa ini, actually i want to try this long long time ago...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi choo king, me too....wanted to try this long time ago.Today only managed to do it...I like the durian custard tu....

      Delete
  5. Salam Kak Ros,

    Maaf kak, ita lewat sampai, maklumlah agak sibuk sikit bila cuti ni.. sibuk melayan selera anak-anak

    lagi pulak anak-anak ni bila cuti tak de can maknya nak guna komputer.. ^_^

    Angsa ita tu jinjang sebab tak cukup makan kak ..hihi tu yang kurus melidi aje lehernya..

    ni boleh buat korban Aidil Adha ni kak.. ^_^

    Terima kasih ye kak ros

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ita,Thank u singgah.Memang angsa ni yang jadi korban dipagi raya aidil adha...tak balik kampung tak de la lembunya..hihihi

      Delete
  6. salam ziarah... comel2 angsa dia. Mesti sedap dijadikan qorban ni. Ini yang akak nak buat juga ni, tapi akak nak letak perasa keju @ cheese dengan menggunakan serbuk cheese CHEEZE MAZ....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ros,,, Slmt Hari Raya Aidil Adha..lmbt smpai umah ros sibuk cam biasa.. angsa x cukup makan mne leh wah korban hii hii dgn krim durian sedap dn meletop.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak1..cream castard duruian..memang meletop!!! Ros makan berbiji-biji tak leh nak berenti...memang sedap.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info