Gulai Serai Dory
Ini salah satu resepi bila otak ni kelu dan beku,maka capai apa yang ada dam masukkan dalam periuk.Tapi resepi-resepi yang begini kadang-kadang mengundang padah, kerana terlebih makan nasi dari hari-hari biasa pula.
Kepingan ikan dory yang dimasak gulai kuning bersama serai dan daun kunyit,hidang pula dengan sambal yang terlebih pedas dan nasi panas.Memang makan nasi bertambah-tambah. Boleh la cuba resepi ni bila angin malas datang melanda ya.
Bahan-bahannya
* 3 keping ikan Dory (1 paket)
* 1/2 ulas bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 biji cili hijau + 5 biji cili padi warna hijau
* 3 batang serai kalau saiznya kecil
* 1/2 inchi halia
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1 kotak santan pekat (kotak kecil)
* Garam secukup rasa
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 helai daun kunyit
Cara memasak
1- Basuh bersih ikan.Setiap keping ikan dipotong 3
2- Masukkan semua bahan kedalam blender.Tuang santan kedalam blender dan blend semua bahan hingga hancur.
3- Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak hinga kuah mendidih.masukan pula daun kunyit yang dipotong halus dan garam Kacau sebentar.
4- Masukkan ikan kedalam kuah yang mendidih.Biar kuah mendidih dan agak pekat sedikit, taburkan serbuk lada hitam.Tambah bahan perasa jika perlu.Tutup api dan siap untuk dihidang.
happy cooking
slm Kak Ros...
ReplyDeletesuka la...1 kelainan resepi kali ni..xtau pulak ikan dori ni bleh dilemakkan...nk try nti..amik resepi ye kak..tq..
QH..hihihi kalau dah tak ada idea tu..macam2 resepi boleh diciptakan???
Deleteassalam Puan Ros..iakn dory tu tak nampak rupanaya camana..acik ni memang tak berapa nak kenak rupa ikan..
ReplyDeleteSalam Acik Erna, isi ikan dory yang selalu dibuat fish and chips tu.Boleh beli,kat Gian atau mana-mana hyper market.
Deletetak tahu lak ikan ni boleh masak cam ni...
ReplyDeleteMarshita...resepi campak-campak je tu..cuba ya.
DeleteSedap makan cicah roti ni...
ReplyDeleteSalam Gee, lagi satu isea yang baru ni.
DeleteHi Puan Ros, ini da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
ReplyDeleteLooking at your ingredients even though cooking in not one of my talents, I can just imagine the lovely scent.
Sedap best tu!
Wishing you and family the very best of hari raya haji.
Lee.
Uncle Lee,Kalau balik Malaysia ..look for me..will be happy to cook for you.
DeleteAssalam kak ros, tengok lauk akak ni memnag serious kita kecur tau..lagi2 kalau dapat yang pedas lagilah confirm nasi satu periuk kita sorang ajelah yang makan..boleh tukar ke udang or sotongkan kak..
ReplyDeleteHai Ayu,jom join makan 1 periuk nasi..hihihi
Deletesalam kak ros.. xpenag tun menggulai ikan dori. hihi.. biasa beli utk wat sweet sour atau fish n chips.
ReplyDeleteBetul tu TUn kak ros pun biasanya buat chip and chips.Tapi hari ni malas sungguh,kak ros campakkan semua dalam periuk.
Deletealamak Ka Ros! Habislah saya... selama ni tak terfikir pun nak buat apa kalau ada fillet dory, balik2 panggang, goreng salut itu ini, rupanya idea masak begini lagi lebih mengancam... alah Kak Ros, lupakanlah diet miet tu dulu he he hehh
ReplyDeleteBetul la tu Amie,kita asyik buat fish and chips kan??Yang ni taruk cili banyak-banyak.
Delete