Mereka yang sudi.......

Sunday, October 21, 2012

Pai Telur Dan Bayam


Salam untuk semua. Pai telur yang tidak mengunakan kulit pai dibuat untuk saran pagi tadi.Agak mudah untuk dimasak.Boleh dimakan bersam sos atau begitu saja. Ini memang menu sihat.
Mata dah ngantuk dan tak larat nak tulis panjang2. Esok nak gi kerjakan.

Bahan-bahannya * 4 biji telur gred B
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1  cawan susu segar
* 1.2 cawan whipe cream
* 2 sudu tepung gandum
* 50 grm daun bayam
* 1/2 labu bawang putih
* 1/2 batang leek
* 2 1/2 keping chicken meat loaf
* sedikit serbuk ajishio
* sedikit butter

Cara menyediakan
1- Potong daun bawang secara kasar basuh dan toskan airnya
2- Panaskan sedikit butter, tumis bawang dan masukkan chicken meat loaf yang telah dipotong kecil.Kacau hingga air kering.
2- Masukkan pula daun bayam  dan masak hingga daun bawang agak layu dan tambah sedikit garam .Angkat dan sejukkan 
3- Dalam mangkuk satukan susu,cream dan telur dan pukul sebentar. Masukkan pula tepung gandum.Kacau biar adunan sebati.Tapis bancuhan dan pastikan semua tepung gandum larut bersama susu dan telur.Renjiskan sedikit serbuk ajishio.
4- Campurkan bayam yang telah digoreng tadi kedalam bancuhan telur dan kacau rata.
4- Sapu sedikit butter pada loyang dan tuang bancuhan telur dan bayam kedalam loyang.Bakar dalam oven berkepanasan 200C selama 25 minit atau hingga pai kelihatan kekuningan.

                                                              happy cooking




6 comments:

  1. owhh telur. Buat apa pun sedap. Rumah bundo ni telur..telur ..telur.. takde yang muak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita bundo..kat umah ni pun suka makan telur.Sebenarnya tuan blog ni memang hantu telur.!!!

      Delete
  2. Menu berkhasiat... tak lupa hijau bayam!

    ReplyDelete
  3. salam kak ros...
    wahh.. ini memang sarapan yg lazat & berkhasiat... rajin betul kak ros... lg beberapa minggu sekolah akan mula bercuti lepas ni kak ros tentu bleh rilek sikit kan.... salam aidilahda buat kak ros sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Madiha.Boleh la rehat seminggu, lepas tu buka opis semula sampai le tahun depan.Salam Aidiladha untuk madiha juga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info