Macaroonnnnnn.......akhirnya



 Salam Untuk semua.
Ini bukan kali pertama P.Ros buat macaroon.dan tak pernah nak jadi. Untuk beberapa ketika P.Ros dah padamkan keinginan nak buat macaron. Tapi selepas peristiwa buat homemade mooncake 3 hari lepas,keinginan nak buat macaroon menjelma kembali.
Dalam hati berkata,kalau mooncake dibuat menjadi,kenapa macaroon tak boleh jadi ya???? Dan alhamdulillah,memang tak cantik seperti yang sepatutnya,tapi tetap puas hati sebab kakinya nak juga keluar walaupun dengan penuh kecacatan.
Walau pun terasa malu tapi tetap nak tayang juga macarron ku yang agak tembam dan berkaki cacat.Harap2 ianya tidak mematahkan selera anda untuk mencubanya ya.
Resepinya dicopy paste dari blog masam manis.Thank you Ita, kak Ros minta izin mengambil resepinya ya.
MACAROON
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna 
 
Langkah 1 Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan 
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
 
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Puan Ros gunakan chocolate ganache untuk fillingnya.Panaskan krim dan masukkan cooking chocolate dan kacau hingga semua chocokat melted. Sejukkkan dan biar ganache menjadi pekat dan betul2 sejuk sebelum digunakan.
 
                                                                              happy cooking

Comments

  1. tahniah kak sebab akak tetap bersemangat walaupun pernah gagal.. sy sampai skrg tak berani nak cuba... hehe.. agaknya apa pantang larangnya ye... tgk org lain buat mcm mudah aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Madiha.Kak Ros memang giveup sebelum ni.Kali ni kak Ros masukkan dulu serbuk badam tu dalam microwave sekejap biar dia kering dan sejukkan.Kak Ros lap semua barang yang nak digunakan dgn kitchen roll sebab katanya tak boleh ada minyak walau sedikit pun.ha.. tu dia menjadi pulak dia walau pun kakinya cacat.Tabahkan hati dan cuba lagi ya.

      Delete
  2. SAMA LE KITA KAK DAH GIV UP WHAT MACARON NI ... SELALU X MENJADI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayang,betul tu bila dah masuk oven,tunggu kaki tak kelauar2,sedih sungguh.Kali ni keluar pulak dia walau pun cacat..hihihi

      Delete
  3. Tahniah Kak Ros... akhirnya usaha membawa jaya, walaupun kadang2 rasa fedup aje... itulah kan kak, nak buat sesuatu ni memang perlukan kesabaran! tentu seronok sangat kak Ros yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu amie,kena sabar kalau tak tak hingin nak buat macaron lagi.Dah jadi satu hal sebab anak mintak buat lagi.

      Delete
  4. kak ros...jelesnya saya tengok macs akak berkaki... tak kisahlah tang tembam sikit tu... yang penting keluar kaki seksi dia.. eeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheq sue jangan jeles..kaki tu tak seksi pun tapi seksa sebab cacat......pada pandangan Kak Ros..hahaha

      Delete
  5. I had did macaroon before & i love macaroon berwarna-warni but i dont eat bcos it too sweet not good for my body. Now, busy for my children's exam, my pc also have to tutup for sementara waktu. Have to curi-curi tengok sahaja..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choo king, this is my 7th time doing it...can u imagine every time frust tengok the feet tak keluar. Tapi hari ni akhirnya...kaluar walau pun tak cantik.

      Delete
  6. Tahniah Kak, tembam mungil macaroon nyer

    ReplyDelete
  7. Salam kak ros, nampak ok je macaroon tu, xda cacatnya, yang penting sedappp : )

    ReplyDelete
  8. wah dah menjadilah tu macaroon Ros bolat2 lagi memang cukup makan tu sihat walafiat,lain kali mesti nak cuba lagi kan kalau dah menjadi tu ...tahniah dari kak noor heee cam berjanji lah pulak kita bermacaroon hari ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor betul tu,nak kena buat lagi.Sikakak pergi kerja.Siadik kerjakan semua macaroon maka tak sempat la sang kaka nak makan macaronn.Nak kena godek lagi la simacaroon ni.

      Delete
  9. Salam kak ros, nampak ok je macaroon tu, xda cacatnya, yang penting sedappp : )

    ReplyDelete
  10. Assalam kak ros,
    for me yet to try at home on my own..
    dah tahu sikit2 tekniknya tu tapi also yet to know jadi ke tidak bila buat without the sifu in front of you...hehe..oklah tu kak ros..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts