Mereka yang sudi.......

Thursday, October 18, 2012

Eggless Chocolate Cake



Kek chocolate yang amat simple dan tampa mengunakan telur dibuat dikala mata tak rasa mengantuk dan tekak nak makan sesuatu yang manis.Bila siap hubby bertanya "anybody b-day"?? "Nope" kata ku, saja rasa nak makan.
Bila buka FB pagi esoknya baru terbaca yang hari tu B-day my big brother.
Lalu ku edit gambar kek dan tulis happy b-day diatasnya dan dihantar pada tuan empunya diri dan ahli keluarga yang lain melalui family fb.
Sorry wahai saudara-saudara ku sebab hanya dapat menatap gambarnya tampa menikmati rasa keknya.Next time ya...kita makan kek yang betul!!!! 
Oh ya resepinya dari Allrecipes.com ya. 
Bahan-bahannya
* 3 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula
* 6 sudu besar serbuk koko
* 2 sudu kecil soda bikarbonat(P.Ros guna 1 sudu je)
* 2 sudu kecil baking powder
* 2/3 cawan minyak masak
* 2 cawan air
* 2 sudu cuka makan
* 2 sudu kecil vanila
Cara-caranya
1- Campur semua bahan kering didalam 1 mangkuk.
2- Dalam mangkuk yang lain masukan pula semua bahan basah dan kacau rata.
3- Tuangkan bahan2 basah kedalam bahan kering dan pukul hingga sebati dan lembut.
4- Tuang adunan kedalam acuan berukuran 9 x 13 yang te
lah disapu butter.
5- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 c selama 20 ke 35 minit. Angkat dan sejukkan
Tabur gula icing diatas kek yang telah disejukkan sebagai hiasan.(Puan Ros letak chocolate masakan diatasnya) .
Coklat Ganache
Panaskan  4 sudu besar krim dan masukkan 100 grm coklat masakan.kacau hingga chocolate larut dan sejukkan sedikit.Tuang keatas kek yang telah sejuk dan hias ikut selera masing-masing.

                                                happy cooking


10 comments:

  1. makaiii sedapnya..tgk basah2 kek tu mmg mabeles la...

    ReplyDelete
  2. salam k.ros..sedapnya tengok kek coklat tu..dapat tgk pun dah terasa dan tahu sedapnya..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mama Saly,memang sedap dan lebih sedap jika disimpan dalam peti dan makan pada esoknya.Memang moist.

      Delete
  3. Sedapnya. Bundo dah lama nak buat kek ni tapi tak terbuat-buat lagi. Katanya sedap banget ye ros..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bonda,sedap..tapi bagi Ros kalau diletak dalam peti ais satu malam lagi sedap

      Delete
  4. salam..hem kek ni mmg sdp...dlm pun lembab juga...sesuai buat utk bdy atau jamuan mkn2

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Mas,deko yang teramat simple, sebab Kak Ros memang tak pandai mendeko kek dan bukan juga menjadi kegemaran untuk menghias kek..hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info