Mereka yang sudi.......

Friday, April 13, 2012

Bendi Merah Goreng Rangup


Salam malam untuk semua.Lagi cerita bendi merah.Pokoknya tumbuh tinggi segar dan agak banyak juga buahnya.Dibahagi-bahagikan pada kawan2.Hubby juga sibuk searching resepi jus bendi dlm internet dan dah pun buat beberapa kali dan kami semua dipaksa minum.Dia campurkan bendi dgn jus mangga la,kiwi dan  sebagainya.So far belum la ada yang sakit perut.
Hari ni nak mengelakkan dia buat jus lagi kita cepat2 buat resepi bendi goreng ranggup ni.Resepinya sama je dengan peria goreng hari tu. Memang sedap la dimakan begitu sja atau dihidang bersama nasi.Juga pastikan ianya digoreng ngam-ngam sebelum nasi dihidang. Sesipa yang sudi jemput la mencuba.
 Bahan-bahannya
* 5 biji bendi- Merah atau Hijau

* 4 sudu besar tepung beras
+ 1 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung

* 2 sudu kecil serbuk cili

* 1 sudu besar rempah kari 

* 1 sudu kecil serbuk kunyit

* 1/2 sudu kecil garam
+ sedikit serbuk pati ayam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

* 2 sudu besar air (tambah jika perlu)



Cara memasak
1- Basuh bersih bendi dan potong serong dan sama nipis.

3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang berisi bendi tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.

4- Masukkan 1sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan lagi 1 sudu air lagi atau lebih.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada bendi.

5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan bendi sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.

6- Goreng bendi hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.Makan bersama nasi panas atau begitu saja.

                                                                                    happy cooking

6 comments:

  1. Hahhha kak ros kena paksa dengan abang harith ye minum jus + bendi merah saya pun tak pernah nampak bendi merah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi masa kat ros tengah buat N3 ni dia tengah blend jus kat dapur....hana dah bawa secawan campur orun jus.Refreshing laaa...

      Delete
  2. boleh telan ke kak jus bendi tu...haishhhh macam pelik aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue bila blend bendi tu masukkan sekali apa2 jus yang kita nak.Manggo ke..kiwi ke..grape jus ke dan mesin sama-sama.Sedap juga kejadiannya.

      Delete
  3. jakunnya saya kak..pertama kali tengok bendi merah..heheheh..sedapnya..suka sgt bendi....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q...beberapa bulan dulu Kak ros dan hubby pun sama tak pernah tengok bendi merah.Ada orang bagi biji bendi kat dia.Ditanam dan rupa2nya keluar bendi merah...wah terbeliak biji mata kami.
      Q..goreng bendi hijau pun sama sebab bendi merah ni bila dimask bertukar jadi warna hijau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info