Mereka yang sudi.......

Sunday, April 15, 2012

Pratha Gulung



salam hujung minggu. Roti Pratha gulung ni dibuat untuk sarapan pagi tadi. Lagi kes nak habiskan bayam.So intinya adalah campuran bayam,minced beef dan cheese.Marbeles and heaven le.....makan sebiji meman kenyang dan dah siap ada lauk dan sayurnya sebagai inti.Jangan lengah2 lagi jom tengok resepi.

Bahan-bahannya
* 1 paket pratha jenama kawan (5 keping)
* 200grm daging hancur
* 1 labu kecil bawang besar dipotong dadu
* 100 grm bayam (P.Ros campur bayam merah dan hijau)
* Parutan cheese secukupnya (Campuran moza dan cheddar)

cara-caranya
1- Bayam di rebus  dan diperah keluar airnya hingga kering-ketepikan
2- Panaskan dalam 2 sudu minyak dan tumis bawang besar hingga terbit bau dan masukkan daging hancur.Tambah secubit garam,1/2 ketul pati ayam dan 1 sudu kecil lada hitam hancur.Goreng hingga air daging kering dan daging agak masak. Angkat dan sejukkan.
3- Keluatkan paket pratha dari freezer dan ambil sekeping roti (biarkan yang lain didalam paket).Sapu sedikit minyak masak pada kedua belah tapak tangan dan massage pratha hingga menjadi sedikit lembut untk memudahkan proses mengulung..
4- Letakkan pratha didalam pinggan dan letakkan pula daun bayam, lepas tu letak pula daging hancur diikuti parutan cheese sebanyak yang disukai.
5-Gulung roti pratha dengan kemas dan kemaskan juga kedua-dua belah hujungnya.Ulang proses ini sehingga siap kelima-lima keping roti pratha.
6- Susun roti atas dulang yang dah disapu sedikit minyak dan sapukan telur diatasnya. Buat garisan yang tidah putus diatasnya dengan mengunakan pisau.
7- Bakar roti pratha selama 25 minit dengan oven berkepanasan 200C. Makan semasa panas untuk menikmati lelehan cheesenya. (Pastikan bibir anda tak melecur ya....)
                                                   happy cooking

10 comments:

  1. Wah memlm tgk pratha gulung... Terus terasa lapar... Nmpk sedap ler pratha tu akak...

    ReplyDelete
  2. salam...

    pergh...dari cerita Rose, dah dapat bayangkan betapa sedapnyer paratha gulung ni... masuk list !! TQ

    ReplyDelete
  3. assalam kak ros..
    alaaa bestnyer ada kebun tepi rumah... suka berkebun jugak.. tp rumah takde laman telan air liur jelah nak tanam sayur atau bunga... dah duduk rumah 18 tingkat mana nak carik tanah.. hahaha...

    puas la ye makan bayam... bendi merah tu pun dah berani di makan ye? hehehe.. tulah rasanya mmg tak memabokkan bendi merah tu.. kalau dekat2 mau aje mengecek benih bendi merah tu.. suruh mak tanam kat kg.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la madiha...asyik bayam,bendi,kangkung....penat den..hihihi.kalau dekat boleh kak ros bagi bendi merah tu kan.

      Delete
  4. sedapnya tgk pratha kak Ros ni...lapar lak mlmx2 singgah dapur akak ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Along,memang sedap dan berkhasiat tu...

      Delete
    2. Salam Nieza..mesti nak buat ni..ehheh kat sana ada pratha tak???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info