Mereka yang sudi.......

Sunday, April 1, 2012

Pulut Panggang

Salam untuk semua yang sudi membaca. Dah beberapa hari dok intai resepi pulut panggang ni kat dapur Ija Arah. 
Kebetulan ada beras pulut dan sambal daging. So buat la sikit untuk minum petang hari minggu. Resepi asal dari dapur UMIE,Terima kasih la pada kedua-duanya ya.kak Ros nak copy paste kat sini.Tentu boleh kan???Buat orang lain teliur pulak ok tak????
Memang sedap buat minum petang.Lepas siap dibungkus P.Ros bakar saja dalam non-stick pan kat atas dapur.Bau daun pisang yang terbakar hangus memang menyelerakan. Bayangkan kalau dibakar guna arang macam yang ija buat..pasti lagi sedapkan???? Untuk petang ni P.Ros buat separuh adunan dibawah.

PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

CNP dari : Arah
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang) 
  • Cara-cara

  • cuci beras pulut dengan air suam
  • masukkan santan+garam+daun pandan
  • tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa - P.Ros guna rice cooker
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  • tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita bakar - P.Ros bakar guna non-stick pan dan dibakar atas dapur biasa
  • makan masa panas-panas... best!   

8 comments:

  1. Salam kak ros! selamat pagi! kita nmpk lagi terasa nak buat lagi, tp bdn2 kita tgh sakit2 nii nanti mkn pulut takut masuk angin hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ija ,terimakasih untuk resepinya.Hubby kak Ros makan 5 keping.Sebenarnya kak Ros jarang masak kueh tradisional sebab budak2 tak brapa suka.Tapi yang ni dia orang suka.

      Delete
  2. kita pun buat pulut panggang jugak dek tergoda di bangkok tu kak ros..

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Kak Ros,
    Nak sebatang kak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Naz,dah habis la yang..nanti nak buat lagi sebab hubby kak Ros suka.

      Delete
  4. salam kak ros...ni kuih peberet Liza, tp xpernah buat pun, asyik beli jer...

    ReplyDelete
  5. Salam Ros :)

    Wah sana sini teman2 tayang pulut panggang!!
    mmg the best!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info