Mereka yang sudi.......

Sunday, April 15, 2012

Telur Dadar Hijau


Salam untuk semua.
Telur dadar warna hijau!!!!! haru betul la kita dibuatnya semenjak my laling jadi pekebun tak bertauliah ni.Semua pokok sayur-sayuran yang dia tanam menjadi.resepi bendi 1 hal....ini dia suruh reka resepi mengunakan bayam pulak.Adoi..sebelum dia buat jus bayam dan suruh kami semua minum.....baik cepat-cepat pikir apa nak buat dgn bayam yang dah dipotong tu.halo..halo...halo..cepat la keluar idea...ooii...(dah beberapa kali buat Quiche bayam Kot...sup bayam dgn fish ball..lagi????)
Sebelum kita buat apa2 dia dah bagi idea lagi.Katanya "mama why dont you blend the bayam and fry it with eggs???? Pulak dah..nak kena blend juga macam jus la tu (sebelum ni dah pernah goreng telur dgn bayam sehelai sehelai)
Maka kita pun masukkan telur dan bayam kedalam blender dan tekan butangnya.Bila dah siap dan dituangkan kedalam mangkuk..mak oi...berair dan berbuih..macam mana nak goreng ni????  terpikir dalam kepala ,kalau bagi dia minum macam dia asyik suruh kami minum jus bendi merah tu ok tak????? hihihi.... jahatnya engkau wahai si-isteri...
Apa pun alhamdulillah bila digoreng airnya kering dan jadi macam telur dadar biasa.Cuma masa nak terbalikkan dia jadi pecah,mungkin sebab besar sangat maka kita terus kecil2kan dia dan terus mengoreng.Rasanya?????tetap sama dengan telur dadar biasa dan of course la ada perasa bayam. Warnanya Cantik!!!! ada sapa2 nak cuba ...aa..gi pasar beli bayam ya.
Bahan-bahannya
* 4 biji telur
* 2 batang daun bayam diambil daunnya
* 1/2 labu bawang besar dipotong nipis
* 2 biji cili hijau potong nipis
* Garam secukup rasa
* Daun bawang ,daun parsly dan cili padi untuk hiasan



Cara Memasak
1- Masukkan telur dan daun bayam kedalm blender dan blend hingga hancur.(bancuhan memang cair)
2- Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan garam serta hirisan cili padi dan lada hijau.Kacau sedikit.
3- Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali dan tuang bancuhan telur tadi.Goreng seketika dan tutup kuali.Setelah beberapa minit buka penutup kuali dan goreng lagi sehinghga air menjadi kering sebelum dibalikkan telur tersebut.
4- Goreng telur dadar hingga garing dikedua-dua belah.Angkat dan taburlah bahan hiasan tadi.
                                                                  happy cooking

10 comments:

  1. so green..! :P saya ada dengar orang tu2 ckap perempuan tak elok kerap makan bendi. nanti kembang, berair. tapi kalau nak bersalin elok la makan bendi nanti senang beranak:P tapi lelaki elok makan bendi. bayam tu oleh buat kerepek. celup tepung dan goreng...tepung macam rempeyek..sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Herny,emm buat kerepek bayam,satu idea yang baguskan.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Ros,
    kretifnya idea... he he heh bayam penuh khasiat, resepi ini memang menariklah kak Ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie.Memang menarik dan agak lain sikit resepi nikan? Janji sedap makan dan berkhasiat.

      Delete
  3. Salam Puan Ros..
    its a gd idea :)
    Senang nk suruh bdk2 mkn..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mama hawa..tipu sunat.Cakap je telur dadar goreng tapi warna hijau...hahaha

      Delete
  4. memang menghijau telur dadar tu ros..nasib baik rasanya sama kan.boleh la buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik,boleh bayanmgkan tak kalau warna telur dadar tu pink???

      Delete
  5. Assalamualaikum akak...
    Telur dadar hijau tu nmpk sedap... X pernah lg masak telur dadar gaya nie.. Bole try lain kali..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info