Akok

 Salam untuk semua. Akok kueh kegemaran orang2 kelantan atau pantai timur.Sejenis kueh yang pasti dicari semua orang terutamanya dibulan puasa.  Ini  akok versi orang bandar.Tak payah ada acuan akok yang berat tu serta tak payah bakar atas dapur kayu yang kemudiannya diletakkan sabut kelapa diatas penutup acuan semasa memasaknya.

Kesian bila pikirkan betapa susahnya orang dulu2 membuat kueh untuk dijual dengan harga 5 sen atau 10 sen sebiji.Satu hari berdiri didepan dapur kayu yang boleh membuatkan muka merah padam kerana kepanasan.Sakit tangan memukul telur lagi satu hal.

Tapi sekarang lihat la betapa senangnya untuk membuat akok yang hanya mengunakan blender dan acuanya pula hanya guna acuan muffi dan kemudian dibakar didalam oven.Tak sampai 1 jam dah siap untuk dihidangkan pada keluarga. Rasanya juga tak kurang sedapnya.

Terima kasih setinggi gunung pada tuan resepi yang membolehkan kami2 yang tinggal dibandar juga boleh merasa akok homemade. Bravo Zaliana!!!Minta izin copy resepi ya.

Resepi dari : Zaliana MYR

Bahan-bahan ( 36 biji ) (P.Ros dapat 18 biji saiz macam dalam gambar tu)

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera- berat gula melaka yang P.Ros guna 200 grm
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.-(P.Ros masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka)
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.-(Setelah santan suam P.Ros buang daun pandan dan masukkan gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis)
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya (Puan Ros guna acuan muffin). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.                                                                                                                             happy cooking
     

Comments

  1. Aslmkm. Shian Along, tak pernah lagi merasa kuih ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Along,dulu kalau nak makan akok yang sedap kena la tunggu balik kampong sebab yang jual kat pasar malam dan pasar ramadan kebanyakannya banyak gandum dari santan dan telur.Sekarang ni dah boleh buat sendiri.Suka betul. Hana minta buatkan lagi esok.

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Ros,
    akok style baru ye.. lebih senang kan kalau nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya amie,tak de la kata org klate,peluh sapai keting masa bakar akok.Sebab bakar dengan oven dan boleh tengok TV..hihihi

      Delete
  3. tu la kan kak ros, saya terus terang, memang tak berapa suka, takat sekeping ok lah. tapi dengan resepi zaliana ni betul2 membantu orang yang nak makan tapi payah nak mendapat. saya tukang buat kira ok lah... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue,anak bungsu kak Ros suka sungguh akok ni,dia cakap..mama esok buat lagi sebab dah habis dimakannya.

      Delete
  4. Assalamualaikum Kak Ros,

    mlm2 nie Nur dtg nk mintak sikit buat breakfast esok pagi...hehehe...
    mlm2 kalau merayau2 mmg boleh jadi lapar...memandangkan waktu mlm
    jika belum tidur dpt lah blogwalking....dh tidur ke akak??

    ReplyDelete
  5. salam kak ros...liza pun pernah buat jugak akok ni, senang kan dan yg pasti menjadi....hihihiih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts